Posts

Showing posts from September, 2012

Tips Menguruskan Pakaian Atau Baju-baju Di Rumah

Image
Sesiapa yang rajin melipat baju sila angkat tangan! :D. Ikhlas saya katakan saya memang malas melipat baju. Nak melipat baju kita memerlukan banyak masa. Dan, perlu ada mood juga kan? Nak tunggu mood datang tu entah berapa hari entah berapa minggu baru ia datang. Pernah suatu ketika dulu, saya memang sibuk dan penat, pakaian yang tidak dilipat menggunung macam bukit. Nak dijadikan lawak, suami saya hari-hari bersuara.. 'Bila awak nak lipat baju..' 'Pergila lipat baju', sampai sehari tu berkali-kali dia cakap. Hehe. Tangguh punya tangguh...setelah 3 minggu baru saya nak melipat. Tau tak kenapa suami saya beria-ia menyuruh saya melipat baju? Rupa-rupanya ada hadiah yang dia nak bagi diletakkan dalam timbunan baju-baju tu. Maknanya lebih seminngu saya kerugian... bersusah-susah menyapu rumah menggunakan penyapu. Bayangkan timbunan baju-baju boleh menimbus sebesar-besar kotak vacum. Yeahhh dapat hadiah vacuum :p. Ok sekarang saya ada tips untuk orang yang malas macam saya

Jamu Susuk Dara

Image
Assalamulaikum. Alhamdulillah hari 62 hari umur anak perempuan saya, Rania Sakina Mohd Rostam. Ingatkan masa berpantang saya boleh meneruskan misi meng'update' blog-blog saya yang telah lama bersawang, rupanya menjaga anak seorang dan menjadi suri rumah tangga celup ini lebih sibuk dari bekerja di ofis. Berat badan saya juga telah kembali kepada berat asal saya. Cuma satu perkara yang belum kembali kepada normal, gatal-gatal pada badan. Gatal-gatal badan sejak kandungan saya berumur 6 bulan. Tak ada apa yang boleh saya buat kecuali mengurangkannya dengan memakai losyen dan minyak. Ubat klinik or hospital pun gagal membantu. Alhamdulillah ia semakin berkurangan. Sekarang apa yg sedang saya azamkan, berusaha keras memulihkan semula keadaan kulit yang berparut dan warna yang tak sekata...heheh. Pertama sekali, untuk hilang jerawat dan bekas jerawat di muka dan badan (alahan pregnant). Saya guna Sabun Susu Beras. Alhamdulillah kulit muka saya kembali asal kepada malah lebih ok da