Posts

Showing posts from May, 2011

Sentiasa Mengambil Langkah Berjaga-Jaga - Penyimpanan EBM

Image
Assalamualaikum. Pernah terjadi kepada diri sendiri, peristiwa EBM cair atau rosak akibat daripada sikap cuai saya tidak menutup rapat pintu freezer . Dan, ambil ikhtibar dari kejadian rakan pejabat yang pulang ke kampung selama seminggu. Tetapi, plug deep freezer tertolak keluar dari soket suis ketika blackout . Dan, menyebabkan beratus-ratus Oz EBM cair atau rosak. Apa jua keadaan, menyebabkan saya lebih berhati-hati ketika menutup pintu freezer . Saya akan selalu menjeling ke arah peti ais dan freezer untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Kalau bukan kita, mungkin kecuaian daripada suami atau anak-anak. Ketika pulang ke kampung atau keluar dari kawasan dalam tempoh yang lama juga, suami saya bertanggunjawab membuat pesanan ringkas kepada jiran. Sekiranya berlaku 'blackout', minta jiran on kan punca elektrik. Dan kalau tak keberatan, minta jiran meninjau keadaan peti ais kita dalam keadaan on selepas berlakunya blackout . Untuk memudahkan kerja jiran, pasang