Susu Formula Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran
Agak menarik. Anak saya yang baru mencecah 4 tahun tidak suka makan badam, kurma dan kismis. Kagum dengan orang-orang yang ada sahaja idea untuk mencipta sesuatu yang baru dan unik. Mari kita baca apa khasiat yang ada pada badam, kurma dan kismis. Khasiat Badam Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Lagi di sini . Khasiat Kurma Penemuan kajian sains tentang kha