Pemilihan Pam / 'Breast Pump'

Pam susu? Perlu ke pam susu? Kalau tak ada pam susu tak keluar ke?

Sebenarnya kepentingan mengepam susu lebih kepada ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. Apa yang saya lihat, tidak semua ibu-ibu menggunakan ‘breast pump’ walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih berkesan. Bagi saya pilihlah ‘breast pump’ mengikut keperluan dan kemampuan.

Petikan dari http://viaemma.blogspot.com/
Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:

Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
Kos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping).
Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.

Jenis-Jenis Breast Pump

Pam Manual
• Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.
• Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.
• Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.
• Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.
• Sesuai digunakan untuk orang yang tidak kerap menggunakan pam.
• Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.

Pam Menggunakan Bateri
• Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
• Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
• Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
• Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
• Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
• Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.

Pam Elektrik
• Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
• Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
• Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
• Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
• Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
• Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
• Mudah dibawa kemana-mana.
• Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.

Saya? Saya hanya ada pengalaman menggunakan pam spectra3 dan medela harmony sahaja. Bolehlah serba sedikit saya ceritakan pengalaman saya menggunakannya.

Spectra3
- Bunyinya seperti mengulit saya tidur. Agak senyap. Sangat selesa menggunakannya.
- Tidak susah untuk menjaganya dan menggunakannya.
- 'Rhythmic suction' (seakan-akan bayi anda menghisap)
- Boleh laraskan kekuatan hisapan.
- Double Pumping (sangat membantu bila masa tak banyak)
- Mula-mula rasa sakit di bahagian 'nipples'. Tapi itu sementara sahaja. Mungkin sebab kedua-duanya baru nak cari kerasian :).
- Leceh kalau nak guna kena cari punca elektrik.

Medela Harmony
- Boleh beroperasi dimana jua anda berada.
- Sangat ringan dan boleh dibawa ke mana-mana.
- Hasil sama dengan jumlah menggunakan pam jenis letrik.
- Tak susah menggunakannya.
- Corongnya sangat lembut.

Ok itu sahaja. Apapun baik atau tidak sesuatu pam itu adalah bergantung kepada kesesuaian individu,cara menggunakan dan cara hidup anda. Selamat membeli!

Comments

  1. akak, terima kasih byk2 sy ucapkan diatas ilmu yang terlalu byk mmberi manfaat utk saya dr blog ni.. semoga Allah mengganjarkan sebaik2 ganjaran untuk perkongsian ilmu ini.. barakallah :)

    ReplyDelete
  2. ya!! vote for harmony too!! sangat selesa.. boleh bawa ke mana2 xyah nak fikir batt / electrical points.. saya menggunakan harmony dari dan lebih selesa & tidak sakit berbanding menggunakan pam elektrik dulu.. cuma exercise jari la sikit.. tapi takpe, alah bisa tegal biasa :)

    ReplyDelete
  3. supermai>>:) tq. Kebykknnya sy copy shj.

    yeah betul, medela harmony sy guna masa pantang dan kat rumah. Senang depan tv pun buat kerja sampingan :P

    ReplyDelete
  4. Adoi...pening nak pilih BP mana yang ok =)
    Thanks for sharing...love it.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku