Posts

Showing posts from February, 2011

Pemilihan Pam / 'Breast Pump'

Pam susu? Perlu ke pam susu? Kalau tak ada pam susu tak keluar ke? Sebenarnya kepentingan mengepam susu lebih kepada ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. Apa yang saya lihat, tidak semua ibu-ibu menggunakan ‘breast pump’ walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih berkesan. Bagi saya pilihlah ‘breast pump’ mengikut keperluan dan kemampuan. Petikan dari http://viaemma.blogspot.com/ Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam: • Mudah digunakan . Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan. • Berat dan saiznya . Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

Image
Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz. Tafsirnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;

Kenapa Perlu Buat Stok Susu Beku yang Banyak?

Image
Kenapa perlu buat stok susu yang banyak? Jawapan ia senang sahaja, ia ibarat pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'. Kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa yang mendatang. Sementara rezeki susu masih banyak, tak salah kita sedaya upaya manfaatkan rezeki dan masa yang ada. Kenapa saya membuat stok beku yang banyak? Antara sebab perlunya simpan stok susu adalah : 1. Target saya menyusukan Rakin sehingga umurnya 2 tahun. Saya tidak tahu adakah hari esok susu saya masih banyak seperti hari ini. Untuk itu, saya memang perlukan stok yang banyak supaya anak saya terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100%. InsyAllah. 2. Melalui pengalaman kawan-kawan, susu ibu ada pasang surutnya. 3. Anak saya juga ada masanya minum susu lebih banyak dari hasil pengepaman saya sehari. Oleh itu, saya perlukan stok susu beku untuk cukupkan permintaan dari anak. 4. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, kerja luar atau pergi kursus ditempat jauh daripada anak, maka suami boleh sediakan susu ke