Posts

Showing posts from June, 2010

Tips Agar Rumah Sentiasa Kemas

Dialog mama dengan syahmi Mama : Syahmi..tolong kemaskan mainan syahmi ni..masukkan dalam bakul. Syahmi : Kawan mama nak datang ke? Dialog mama dengan abah Mama : Hari ni saya nak vacum dan moop rumah. Abah : Kenapa? Ada orang nak datang ke? :) Jelas sekali saya telah tersilap mendisiplin mereka..itulah kebiasaannya. Tidak kisahlah ada tetamu atau tidak, rumah mestilah sentiasa bersih dan kemas. Saya memang mahu pastikan rumah saya sentiasa bersih, kemas, selesa dan sedap mata memandang..kalau tidak memang sakit kepala saya dibuatnya. Faktor masa dan kesibukan diri menjadi rumah kurang terurus. Jadi saya cari-cari dalam internet cara-cara kekalkan rumah sentiasa kemas. Tapi rumah saya tidaklah tunggang langgang macam ni :) ..cuma saya rasa ia boleh diguna pakai ;) Taktik bersihkan/kemaskan rumah dalam masa 3 MINIT !! Berguna bukan? Saya selalu juga alami perkara macam ni. Bila ada orang nak datang...mulalah kelam kabut. Lebih-lebih lagi dengan mainan dan buku-buku syahmi yang bersepah.

Berpindah atau Tidak?

Image
Saya tengah dalam dilema sama ada ingin berpindah sepenuhnya atau tidak kepada blogspot. Sayang untuk meninggalkan blog lama saya yang menggunakan fotopages. Apa pun masa yang akan menentukannya...:). Mama sebenarnya sudah mengantuk..tapi menahan mata sebab menunggu orang..uhuh. Sambil-sambil tu mama tengok-tengok kamera mama. Kejadian ni berlaku 24/6...selepas abah ambil Rakin dan Syahmi dari nursery..kedengaran abah ulang-ulang...'mama marahlah kali ni..kenapa adik macam ni'. Ingatkan apa la...nak tergelak pun ada tengok Rakin...hehe. Macam tepung gomok pun ada anak mama ni..hehe. Mama pun belum pernah lagi pakaikan Rakin bedak. Lupa nak pesan dengan cikgu barunya,jangan pakaikan bedak utk rakin, sebab lendir hidungnya masih belum kering lagi. Rabu lepas mama ambil cuti untuk membeli belah. Mama paksa abah yang kebetulan mc hari tu teman mama ke jusco. Mama suruh abah tidur kat surau jusco tu kalau tidak larat. Hari tu mama belikan syahmi puzzle yang mama cari-cari selama ni.

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Menyusukan Bayi

Petikan dari Mesra.net Info Keibubapaan dan penjagaan anak. Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya. Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar. Susui bayi anda selama mana yang di

Foot Detox & HiGoat

Image
Assalamualaikum wbt. Untuk dapatkan pelekat kaki nyah toksin (foot detox) dan HiGoat (susu kambing), boleh mengunjungi kedai atas talian kami. InsyaAllah kami tawarkan dengan harga yang berpatutan. Boleh beli secara pukal foot detox 500 keping ke atas!!!. http://whenmayendshop.blogspot.com/

Rakin Sudah Pandai Mengiringkan Badan

Image
Yeay. Rakin mama telah pandai mengiringkan badan. Hari ini umur Rakin 101 hari.

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)

Image
Sejak akhir-akhir saya kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak sulung saya di rumah. Mungkin disebabkan kepenatan, kesibukan suami dan kekangan masa yang saya hadapi seminggu dua ini. InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki cara saya terutamanya dalam segi menguruskan masa bersama anak-anak. Ingin saya berkongsi cara-cara mendidik anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun di rumah. Artikel ini saya ambil dari www.bicaramuslim.com. Semoga ia berguna untuk saya dan ibubapa diluar sana. A. PERKEMBANGAN FIZIKAL 1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa. 2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam

Selamatkah Botol Susu Anak?

Petikan daripada Pa&Ma, Februari 2004 Penggunaan botol susu lazim bagi kanak-kanak. Kepada yang menghisap susu ibunya, botol susu dianggap penting. Kebanyakan ibu bapa pasti akan membeli botol susu untuk penggunaan anaknya sehari-hari. Namun, selamatkah botol susu atau bekas makanan yang anda gunakan untuk keperluan anak anda itu? 1. Adakah botol susu selamat dipakai dan diperbuat daripada apa? Kebanyakan botol susu untuk kegunaan bayi diperbuat daripada dua komponen berbeza iaitu polyethylene yang lebih dikenali dengan plastik EVA dan satu lagi ialah polycarbonate. Ia merupakan komponen dalam penggunaan botol susu yang dibenarkan pada peringkat antarabangsa dan selamat dipakai. Cuma, apabila susu (sama ada susu badan atau formula dalam botol terbabit) direbus pada kepanasan 100º c selama 20 hingga 30 minit, ia sejenis bahan kimia yang dipanggil bisphenol A akan larut bersama susu di dalam botol terbabit. Konfliknya, apakah ibu bapa lazimnya merebus susu sebelum memberi anak merek

Stok Susu Beku Sehingga 9.6.10

Image
Alhamdulillah. Inilah stok susu Rakin sehingga 9.9.10.

Rakin Syahid 3 bulan

Image
Alhamdulillah Rakin Syahid telah genap 3 bulan 9 hari pada hari ini. Tapi kasihan anak mama sejak lahir sehingga sekarang, hidungnya masih tersumbat disebabkan lendir masa lahir yang tidak sedut habis. Sudah seminggu mama berinya ubat Sterimar untuk mencuci hidung dan membantu Rakin menyusu dengan lancar. Semoga Rakin cepat sembuh. Amin.

Laman Web Berguna

Image
Antara laman web berguna untuk pembelajaran anak-anak di rumah. Klik di sini http://www.bbc.co.uk/cbeebies/stories/ Klik di sini http://www.ixl.com/ Klik di sini http://www.lil-fingers.com/ Klik di sini http://www.primarygames.com/ Klik di sini http://www.gamequarium.org/ Klik di sini http://www.first-school.ws/

Pembelajaran kanak-kanak - Bahasa Inggeris

Saya sangat suka laman-laman ini... http://www.dreamenglish.com/ http://www.freeabcsongs.com/ http://123listening.com/ http://www.starfall.com

Barney - I Love You

I love you You love me We're a happy family With a great big hug and A kiss from me to you Won't you say you love me too? I love you You love me We're best friends Like friends should be With a great big hug And a kiss from me to you Won't you say you love me too?

Bahaya Penggunaan Susu Formula

• Bayi kekurangan khasiat penyusuan ibu • Air yang digunakan bagi penyediaan susu mungkin tercemar • Susu formula yang menyebabkan perbelanjaan yang membazir, bermakna kurang agihan makanan kepada ahli yang lain • Ahli keluarga mungkin mencairkan susu supaya ia tahan lebih lama dan menjimatkan • Kesilapan membancuh mengakibatkan penyakit • Mengandung yang terlalu kerap membebankan keluarga

Cabaran Awal Penyusuan, Bersedialah!

Petikan dari http://menyususimanja.blogspot.com Cabaran awal yang bakal dilalui oleh ramai para ibu yang berniat menyusukan bayi mereka biasanya adalah cabaran yang bisa membuatkan si ibu goyah, patah semangat dan berputus asa. Pada waktu ini jugalah baru si ibu sedar betapa pentingnya memiliki dan menggali ilmu-ilmu penyusuan serta mendapat sokongan khasnya daripada suami tersayang. Saya akan cuba mengupas isu ini seringkas mungkin. Saya akan berikan situasi-situasi utamanya dahulu kemudian baru cara-cara menghindarkan, mengatasi dan menangani situasi-situasi itu di entri akan datang. Antara cabaran yang bakal ditempuhi ialah: 1. Pandangan keluarga dan masyarakat Perlu diakui, betapa banyak keluarga di Malaysia yang tidak terdedah dengan peri pentingnya anugerah Tuhan ini. Setiap hari kita terlalu dimomokkan oleh media massa dan elektronik betapa hebatnya susu-susu formula yang dinaik taraf kandungannya dari masa ke masa. "Susah nanti kau nak bekerja, anak asyik nak bergayut saha

Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu

Petikan dari http://menyususimanja.blogspot.com/ Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah: 1. "Susu tidak cukup." 2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan." 3. "Saya terlalu sibuk." 4. "Saya bertubuh kecil." 5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil." 6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya." 7. "Keturunan saya memang tiada susu badan." Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia. Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka d

Bagaimana Bekalkan EBM / Susu ke Pengasuh / Pusat Asuhan

Image
Gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com/ Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan. Saya bertuah kerana Pusat Asuhan yang saya hantar anak saya berpengalaman menguruskan bayi yang minum EBM, maka tidak perlulah saya bersusah payah menerangkan satu persatu kepada pengajarnya. Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah). Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya. Seawal jam 5 pagi saya biasanya bangun mengepam, selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekira

Pantang Menyerah Sebelum Ajal

Kadang-kadang datang ujian oleh Allah, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, kadang-kadang rasa diri tidak berguna... Hadith: Dari Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku."(Bukhari) Huraian: Sebagaimana maklum Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah S.W.T Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh manakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah. Orang-orang yang beriman akan

Urutan Melancarkan Aliran Air Susu Ibu

Image
Gambar dan petikan dari http://sweetstory.yuitsumuni.com Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas. Mulakan dengan bahagian belakang, urut ke atas kawasan yang diloretkan. Kemudian sambung dengan mengurut bahagian depan dari bahu turun ke pangkal payudara anda. Jika ada ketulan, tuam dengan tuala yang ‘disuamkan’.

'Cracked Nipple'- Bagaimana Menghadapinya?

Petikan dari http://sweetstory.yuitsumuni.com 'Cracked nipple' kerap berlaku bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan ataupun mengurangkan rasa sakit(jika berlaku): - Sebelum susukan anak atau perah susu, sapukan sedikit susu pada puting,. Ini akan membantu refleks 'let-down', melembutkan puting susu dan membiarkan bayi anda mengisap lebih lembut dan mudah. - Adakah bayi anda mengisap dengan betul ?? - 'latch' yang tidak betul boleh menyebabkan anda terasa sakit, puting susu kering atau pecah-pecah. Pastikan bayi memasukkan seluruh bahagian aerola ke dalam mulutnya. bukan hanya puting. - Biarkan bayi anda mulai menyusu pada payudara yang lebih sakit bagi membantu anda mengurangkan rasa sakit. - Ubah kedudukan bayi anda setiap kali menyusu jangan kekal dalam satu posisi sahaja. - Jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu ataupun membiarkan dia menggonggong kerana ini boleh menyebabkan luka a

EBM - Pindahkan dari Plastik Susu ke Botol

Image
Gambar dan petikan dari memorisusuanku.blogspot.com Ini pula cara EBM dipindahkan dari plastik susu ke botol untuk persediaan ke pusat asuhan. Saya akan masukkan susu beku ke dalam bekas yang berisi air untuk cairkan ebm pada jam 10 malam. Kemuadian masukkan ke dalam bahagian sejuk. Seawal 5.30 pagi saya akan mula pindahkan susu dari plastik ke botol. 1. Sediakan botol-botol siap-siap agar tidak kelam kabut. 2. Goncangkan EBM dengan perlahan bagi sebati lemak-lemaknya. 3. Masukkan plastik ke dalam botol seperti di dalam gambar. 4. Kemudian cepat-cepat tuangkannya. 5. Jangan buang tarikh/masa/oz 'masking tape' yang asal sebaliknya lekatkan ia pada botol susu pula supaya mudah kita tahu tarikh yang mana satu bayi perlu minum dahulu. 6. Siap!. Boleh masukkan botol-botol ke dalam bahagian sejuk sementara menunggu waktu ke pusat asuhan.

Cara Menyimpan EBM ke Plastik Susu (Breast Milk Storage Bag)

Image
Gambar dan petikan dari memorisusuanku.blogspot.com 'EBM = Expressed Breast Milk' Selain botol, saya juga menyimpam EBM di dalam plastik susu khas. Plastik susu ini dapat menjimatkan ruang peti ais, tetapi sedikit renyah apabila ingin pindahkan susu ke botol susu. Biasanya saya akan pindahkan susu dari tempat beku ke bahagian sejuk pada jam 11 malam, dalam 5.30 pagi saya akan pindahkan susu ke botol. Kemudian masukkan kembali ke bahagian sejuk. Bahan-bahannya seperti dibawah: (Petikan dan gambar dari memorisusuanku.blogspot.com) 1. EBM 2. Plastik susu 3. Getah utk pengikat 4. Gunting 5. 'Masking tape' 6. Pen 1. Lekatkan 'masking tape' untuk catat tarikh/masa. 2. Isi EBM mengikut sukatan berapa banyak bayi anda minum setiap sesi. Untuk pindahkan susu ke plastik susu, goncang dengan perlahan terlebih dahulu bagi sebatikan lemak dan air susu. Kemudian masukkan botol ke dalam plastik, sambil kita memegang di kepala botol dan terbalikkan dengan pantas. 3. Ikat EBM