Posts

Showing posts from January, 2010

Cara Membuat Stok Makanan Bayi

Image
Petikan dan gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com 1) Basuh beras 3 senduk bersih-bersih dan keringkan (boleh gunakan microwave/kuali). Caranye selepas dah basuh beras tu, masukkan ke dalam kuali dan pasang api pada tahap yang sangat perlahan. Rata-ratakan beras dalam kuali supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Ingat hanya untuk keringkan, jangan sampai garing pula. 2) Bila sudah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai betul-betul hancur. Hasilnye akan jadi begini.. 3) Bile sudah selesai, masukkan dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan untuk kegunaan sepanjang minggu. 4) Untuk masak bubur, didihkan dahulu air dalam periuk kecil. Bile air dah mendidih, amik 3 sudu besar beras hancur tadi dan masukkan dalam air mendidih tadi. Masak dalam setengah jam. 5) Untuk sayuran, boleh pilih mana-mana jenis buah. Contoh kali ini adalah lobak merah. Basuh lobak merah bersih-bersih, kupas kulitnye and hiris. 6) Kemudian rebus lobak merah dal

Amalan Sunat Sebelum dan Selepas Bersalin

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat. Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah