Posts

Petua Hilangkan Selesema Bayi

Image
Selesema akan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Ingin saya kongsikan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. 1. Petua gunakan minyak kelapa dara / minyak zaitun dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi. InsyaAllah selesema akan hilang dengan cepat. 2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Atau...sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi. Selamat mencuba :)

Bayi Kembung Perut

Definisi kembung perut Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. Simptom bayi kembung Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik. Mengapa bayi kembung Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya. Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran...

Ibumu..Ibumu..Ibumu..Ayahmu

'Abang...patutlah Rasullullah berkata Ibumu..ibumu..ibumu..kali ketiga barulah ayahmu'...tiba-tiba ayat tu keluar dari mulutku sedang saya memujuk si Rakin daripada menangis ketika terjatuh. Maha Besar Allah jadikan naluri si ibu yang perihatin dengan tindak tanduk anaknya walaupun sekejap dan matanya yang tidak lekang memerhati gerak geri anak-anak untuk memastikan anak-anaknya dalam keadaan baik dan selamat walaupun sedang membuat sebarang kerja. Ketika itu saya teringatkan sebuah cerita antara Rasulullah dan sahabatnya. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” Lagu ini khas untuk ibu...

Kuliah Pagi 1

Suka dengar ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. Khas untuk suamiku...hihi. Saya sayang kamu. Wink wink.

Ajarilah Anak Bercakap Dengan Tuhan

Syahmi: Mama.. siapa buat Syahmi?.. Siapa bagi adik?..Siapa buat bird? Mama: Allah yang buat Syahmi. Allah yang bagi adik. Allah yang buat bird. Syahmi: Ooo, sape Allah? Mama: Allah itu yang ciptakan kita semua. Syahmi: Ciptakan tu ape? .... Tanpa jemu saya menerangkannya tentang kewujudan kita semua datangnya dari Allah. Suka saya kongsikan sebuah artikel yang saya baca dari JIWANG.ORG. Pada zaman dahulu, ada tiga orang sahabat telah terperangkap dalam gua ketika mencari tempat berlindung. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam gua tersebut, sebuah batu besar telah bergolek dan menutup pintu gua itu. Setelah puas berikhtiar, mereka kemudiannya berpakat untuk meminta doa kepada Tuhan dengan bersandarkan kepada amalan kebaikan yang ada pada mereka. Akhirnya batu besar itu dapat ditolak oleh mereka dan mereka pun terselamat. Salah seorang daripada mereka itu ialah seorang lelaki yang menceritakan amalannya terhadap ibu bapanya. Lelaki itu seorang yang miskin, tetapi dia tetap memelihara ke...

Tanda -tanda Bayi Tumbuh Gigi

Image
Gigi bayi biasanya tumbuh pada usia 6 bulan, namun ada juga yang sudah tumbuh semasa berumur 3 bulan.Gigi anak-anak biasanya lengkap pada usia 3–5 tahun. Gigi susu tersebut, akan tanggal satu demi satu, dan akan diganti dengan gigi tetap. Jumlahnya sekitar 20 buah iaitu sepuluh di atas dan sepuluh lagi di bawah. Berikut adalah tanda –tanda bayi tumbuh gigi • Tidurnya tidak nyenyak. • Banyak berliur. • Pipinya merah. • Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39 C, yang menimbulkan demam). • Gusinya membengkak dan merah. • Selalu ingin menggigit untuk mengurangkan rasa sakitnya. • Selera makannya rendah. Artikel dari Bondamama

Cuti Bersalin 90 hari

Pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri telah melegakan ramai ibu-ibu. Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja. Sedih apabila saya terlihat satu komen dari blogger yang mengatakan kalau cuti bersalin diberi 90 hari baik tak payah kerja. Walhal Malaysia adalah bukan negara yang pertama yang melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari. Melalui bacaan saya di internet, sebelum ini Malaysia adalah salah satu negara yang memberi tempoh cuti bersalin paling pendek. Lebih kurang 80% negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti bersalin melebihi 12 minggu termasuk beberapa negara asia iaitu Singapura, India, Indonesia, Thailand dan Laos. Lain-lain negara seperti : Bulgaria - 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin. 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji. Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. W...