Posts

Showing posts from March, 2011

Bebas BPA

Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA. Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin. Kesan Terhadap Kesihatan BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pe

Susu Ibu Tidak Mencukupi?

Pasti ibu-ibu sangat khuatir sama ada susu yang dihasilkan memenuhi keperluan bayi atau tidak. Sebenarnya penghasilkan susu bergantung kepada kekerapan bayi menyusu dan minda ibu ketika bayi sedang menyusu. Berikut adalah petikan yang saya ambil dari http://susu-terbaik.blogspot.com. Menurutnya, apabila bayi menghisap payudara, hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan. Hormon yang kedua ialah oksitosin dan homon ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu. Benarkah Susu Ibu Tidak Mencukupi? Ada ibu yang berasakan bekalan susunya tidak cukup untuk bayinya. Perasaan begini selalu terjadi apabila ibu tidak dapat mengenal pasti ke