Posts

Showing posts from November, 2010

Petua Hilangkan Selesema Bayi

Image
Selesema akan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Ingin saya kongsikan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. 1. Petua gunakan minyak kelapa dara / minyak zaitun dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi. InsyaAllah selesema akan hilang dengan cepat. 2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Atau...sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi. Selamat mencuba :)

Bayi Kembung Perut

Definisi kembung perut Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. Simptom bayi kembung Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik. Mengapa bayi kembung Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya. Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran

Ibumu..Ibumu..Ibumu..Ayahmu

'Abang...patutlah Rasullullah berkata Ibumu..ibumu..ibumu..kali ketiga barulah ayahmu'...tiba-tiba ayat tu keluar dari mulutku sedang saya memujuk si Rakin daripada menangis ketika terjatuh. Maha Besar Allah jadikan naluri si ibu yang perihatin dengan tindak tanduk anaknya walaupun sekejap dan matanya yang tidak lekang memerhati gerak geri anak-anak untuk memastikan anak-anaknya dalam keadaan baik dan selamat walaupun sedang membuat sebarang kerja. Ketika itu saya teringatkan sebuah cerita antara Rasulullah dan sahabatnya. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” Lagu ini khas untuk ibu

Kuliah Pagi 1

Suka dengar ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. Khas untuk suamiku...hihi. Saya sayang kamu. Wink wink.

Ajarilah Anak Bercakap Dengan Tuhan

Syahmi: Mama.. siapa buat Syahmi?.. Siapa bagi adik?..Siapa buat bird? Mama: Allah yang buat Syahmi. Allah yang bagi adik. Allah yang buat bird. Syahmi: Ooo, sape Allah? Mama: Allah itu yang ciptakan kita semua. Syahmi: Ciptakan tu ape? .... Tanpa jemu saya menerangkannya tentang kewujudan kita semua datangnya dari Allah. Suka saya kongsikan sebuah artikel yang saya baca dari JIWANG.ORG. Pada zaman dahulu, ada tiga orang sahabat telah terperangkap dalam gua ketika mencari tempat berlindung. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam gua tersebut, sebuah batu besar telah bergolek dan menutup pintu gua itu. Setelah puas berikhtiar, mereka kemudiannya berpakat untuk meminta doa kepada Tuhan dengan bersandarkan kepada amalan kebaikan yang ada pada mereka. Akhirnya batu besar itu dapat ditolak oleh mereka dan mereka pun terselamat. Salah seorang daripada mereka itu ialah seorang lelaki yang menceritakan amalannya terhadap ibu bapanya. Lelaki itu seorang yang miskin, tetapi dia tetap memelihara ke