Posts

Showing posts from October, 2010

Tanda -tanda Bayi Tumbuh Gigi

Image
Gigi bayi biasanya tumbuh pada usia 6 bulan, namun ada juga yang sudah tumbuh semasa berumur 3 bulan.Gigi anak-anak biasanya lengkap pada usia 3–5 tahun. Gigi susu tersebut, akan tanggal satu demi satu, dan akan diganti dengan gigi tetap. Jumlahnya sekitar 20 buah iaitu sepuluh di atas dan sepuluh lagi di bawah. Berikut adalah tanda –tanda bayi tumbuh gigi • Tidurnya tidak nyenyak. • Banyak berliur. • Pipinya merah. • Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39 C, yang menimbulkan demam). • Gusinya membengkak dan merah. • Selalu ingin menggigit untuk mengurangkan rasa sakitnya. • Selera makannya rendah. Artikel dari Bondamama

Cuti Bersalin 90 hari

Pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri telah melegakan ramai ibu-ibu. Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja. Sedih apabila saya terlihat satu komen dari blogger yang mengatakan kalau cuti bersalin diberi 90 hari baik tak payah kerja. Walhal Malaysia adalah bukan negara yang pertama yang melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari. Melalui bacaan saya di internet, sebelum ini Malaysia adalah salah satu negara yang memberi tempoh cuti bersalin paling pendek. Lebih kurang 80% negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti bersalin melebihi 12 minggu termasuk beberapa negara asia iaitu Singapura, India, Indonesia, Thailand dan Laos. Lain-lain negara seperti : Bulgaria - 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin. 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji. Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. W