Posts

Showing posts from September, 2010

Imiginasi

Image
Saya selalu membayangkan seolah-olah saya adalah orang lain. Membayangkan sekiranya saya berada di negara yang menghadapi bencana alam, berada di kemelut peperangan dan membayangkan apa jua keadaan yang bertitian hidup dan mati. Semalam saya bersama-sama anak sulung saya melihat cerita ultraman cosmos di saluran ceria. Di situ saya lihat keadaan di mana raksasa sedang mengganas, kalau saya di tempat itu, apa tindakan saya? Adakah saya masih mampu memikirkan keselamatan orang yang sayang atau hanya berusaha menyelamatkan diri sendiri. Saya juga pernah membayangkan apabila saya masih hidup di hari tibanya kiamat, bagaimana? Anak-anak di mana? Mampukah saya melindungi mereka? Owh sedih dan takut bila memikirkan saat-saat itu. Sekarang pula, hampir setiap hari di dada akhbar memaparkan kejadian membuang dan membunuh bayi / anak. Bagaimana tergamak mereka diperlakukan begitu. Sedih dan geram berbaur dihati. Suka saya mengajak para pembaca tataplah wajah orang kesayangan kamu semasa mereka t

Perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas?

Saya tercari-cari maklumat mengenai perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas? atau umur bayi yang sesuai diberikan air masak?. Namun tiada jawapan yang tepat mengenainya. Saya amat berbesar hati sekirannya ada rakan pembaca yang ingin kongsikan mengenainya. Namun artikel 'Makanan Pertama Bayi' yang saya dapat dari akhbar Berita Harian ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan. SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan. Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya. Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang membe