Posts

Showing posts from July, 2010

Dari 4 kepada 6

Image
Isnin lalu saya terima sms dari cikgu Rakin 'Kak, susu Rakin dah habis, sekarang Rakin tengah tidur'. Aiyakk! Baru jam 3.30 petang. Terpaksalah saya menyegerakan tugas-tugas dengan secepat mungkin dan minta izin untuk pulang awal. Keesokkan harinya saya sediakan Rakin 5 botol. Dan masih tidak cukup. Huhuk. Gelabah saya dibuatnya dan terdetik di fikiran saya 'Mampukah sehingga 2 tahun?'. Dan semalam saya sediakan Rakin 6 botol susu. 3 botol susu 4 oz dan 3 botol susu dengan kuantiti 3oz..itulah yang dicadangkan cikgunya kerana pada sebelah petang Rakin minum sehingga terlena dan susunya selalunya ada 'balance'. Untuk elakkan pembaziran susu, susu sebelah petang perlu dibekalkan dengan kuantiti 3oz sahaja setiap botol. 'Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.' Semoga Tuhan murahkan rezeki anak-anakku

Puting Kosong!

Image
Baru-baru ini, saya berpeluang menjenguk Rakin di Pusat Asuhan. Sejuk mata memandang apabila tengok keadaan tempat Rakin dan kawan-kawan sungguh kemas dan bersih. Tapi apabila lihat Rakin yang sedang nyenyak tidur di dalam 'baby carrier', saya dan Syahmi terkejut dan saling berpandangan..Syahmi terus bersuara..'Adik makan puting la mama!'. Erkk..saya tak pernah belikan Rakin puting! Cikgu nya kata memang dari cikgu yang lama lagi Rakin diberi puting kosong tu...hehe ini sah tertukar hak milik. Nasib baik Rakin tak 'ketagih' menghisap puting kosong tu sampai ke rumah. Saya minta jasa baik cikgu-cikgu Rakin agar tidak memberikan Rakin puting kosong lagi. Oleh: Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM). Blog beliau boleh diakses melalui alamat http://www.drazwan.blogspot.com/{/xtypo_info} Assalamualaikum, orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother". Puting kosong ini menjadi piliha

Persediaan Si Ibu dan Anak Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

Seawal 30 minggu ibu dan bakal ibu perlulah membuat persediaan barang-barang yang perlu dibawa pada hari bersalin nanti. Setelah google di sana-sini, saya jumpa senarai ini, ada yang boleh ikut ada yang tidak. Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital) 1. Beg Pakaian. 2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil) 3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1. 4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll) - Komen; Biasanya kalau bersalin di hospital swasta, alatan mandi telah disediakan. 5. Kain batik untuk dipakai 3 - KOmen; Perlu bawa beberapa helai sebab ada hospital yang sudah sediakan pakaian untuk pesakit ada yang tidak. 6. T-Shirt 3 7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil) 8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga. 9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik

Susu Merundum

Image
Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang. Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari. Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan puasa nanti. Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol. Ini pula si c

Lelaki bergelar Ayah

Image
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. &

Wanita Bergelar Isteri

Image
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?" Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku mem

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)

Image
Tidur meniarap tidak elok untuk bayi? Rakin lebih selasa tidur secara meniarap. Bagi saya tidur meniarap lebih membuatkan bayi tidur lebih lena. Tetapi perlulah kerap memantau posisi kepala bayi agar selesa dan tidak merbahayakan bayi. Petikan dari http://www.majalahpama.com.my Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur. Meskipun ajal dan maut di tangan Tuhan, namun ada kalanya, kelalaian boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup. Ikuti kupasan lanjut mengenai SIDS ini. Pelbagai kajian dilakukan oleh para saintis bagi mengenal pasti punca berlakunya kematian bayi secara misteri ini. Ada yang mengaitkannya dengan keadaan tempat tidur bayi, posisi tidurnya malahan ada juga yang mengaitkannya dengan jangkitan bakteria. Kajian saintis, mendapati bahawa kehadiran bakteria turut memainkan peranan penting sebagai penyebab berlakuny

Bantu Anak Berjalan Dengan Cara Yang Betul

Image
Petikan dari www.utusan.com.my 08/07/2010 MENYAKSIKAN anak mula belajar berjalan merupakan detik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Namun apa yang berlaku sebenarnya, anak itu sendiri yang memutuskan bila dia bersedia untuk membuka langkah pertama. Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja keupayaan anak itu seadanya. Ada sesetengah anak yang mula belajar berjalan ketika memasuki usia setahun dan ada juga anak yang baru belajar untuk meluruskan kaki ketika usianya sudah mencapai 18 bulan. Apa pun selagi bayi membesar dengan normal, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Namun jika ingin menyedapkan hati, ibu bapa boleh bertanya atau mendapatkan pandangan doktor. Berjalan merupakan proses yang berkaitan dengan keseimbangan, perkembangan motor dan perbuatan yang tidak terlalu tergopoh-gapah. Sesetengah bayi, dapat berdiri tegak sudah satu kejayaan baginya, manakala yang lain d

12 Perkara Perlu Anda Elak

Tanpa anda sedari, ada beberapa perkara yang sering anda lakukan sebelum hamil tidak sesuai untuk diteruskan apabila anda sedang hamil. Berikut antara perkara yang perlu anda beri perhatian. Manicure, pedicure - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh elakkan melakukannya semasa hamil terutama pada 3 bulan pertama usia kandungan anda, ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindarinya. Facial - Jika sekadar facial biasa yang menggunakan produk yang bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namum, pastikan anda produk yang digunakan itu benar-benar bersih dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya? Elakkan juga facial yang bertujuan untuk pengelupasan atau pemutihan kerana kulit sangat sensitif semasa hamil. Mewarnakan Rambut - Sebolehnya elakkan terutama pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna akan meresap ke dalam kulit dan boleh

Apa Itu Caesarean?

Jenis-Jenis Pembedahan Caesarean Jenis pembedahan caesarean merujuk kepada bagaimana potongan dibuat. Jenis Classical merujuk kepada pembedahan secara menegak, iaitu dari bawah pusat hingga ke tulang pelvis. Kaedah kedua ialah potongan secara melintang, dilakukan di bawah lipatan perut yang yang dinamakan funnesteil. Cara ini lebih popular kerana parutnya tidak ketara. Malah ia memberi keselesaan untuk bergerak, bangun dan duduk selepas pembedahan kerana selari dengan lipatan perut. Sebab-Sebab Pembedahan Caesarean Dilakukan. Pembedahan caesarean dilakukan kerana ibu tidak boleh melahirkan anak secara normal. Terdapat 2 keadaan kenapa pembedahan itu dijalankan. Sama ada elektif (dirancang) atau sewaktu kecemasan. Jika ibu menghidap darah tinggi dan diabetes semasa kehamilan, selain saiz bayi dalam kandungan terlalu besar, caesarean dilakukan secara elektif. Kaedah caesarean turut dilaksanakan bagi mengurangkan risiko ibu mengalami keguguran, mandul dan masalah uri rendah. Pembedahan ca