Posts

Showing posts from May, 2010

Petua Membanyakkan Air Susu

Image
Petikan diubah dari http://memorisusuanku.blogspot.com, http://alinalan.blogspot.com Ada pelbagai cara membanyakkan air susu sama ada dari segi pemakanan, minuman dan amalan. Berikut adalah hasil dari pembacaan dari website-website kawan-kawan, majalah dan dari orang-orang yang berpengalaman yang boleh dijadikan rujukan sebagai cara untuk menambahkan susu ibu. Tidak semua petua ini serasi dengan semua ibu. Ia bergantung kepada badan masing-masing. Selamat mencuba! Makanan - Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus - Bayam - Broccoli; sumber kalsium yang baik. - Sawi - Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering. - Kacang Hijau; bubur kacang hijau - Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing - Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis s

EBM - Bagaimana Nak Cairkan?

Image
Petikan dari http://alinalan.blogspot.com/ 'EBM = Expressed Breast Milk' 1. Pilih botol yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 2. Turunkan EBM beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU.... 3. ... lalukan EBM beku di bawah aliran air paip. 4. Bila sudah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam ATAU gunakan pemanas susu khas. AMARAN KERAS !!! - JANGAN cairkan EBM beku dalam suhu bilik. - JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM beku kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu. - JANGAN masak EBM beku di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu. - Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja. - Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. TIPS - Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum. - Pangku bayi anda ketika memberi EBM - Rang

Cara-Cara Memerah Susu

Image
Petikan cara-cara memerah susu dari http://www.momschoice.com.my/ Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku. Memerah dengan tangan - memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran - basuh tangan dengan bersih sebelum memerah - sediakan bekas yang bersih dan steril - lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa - boleh d

Persediaan Memerah Susu Ibu

Image
Sebab-sebab perlu memerah susu ibu: 1. untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh 2. bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral 3. untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis 4. puting payudara yang luka/melecet 5. meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu Ada beberapa keperluan yang ibu-ibu patut dititikberatkan: 1. Sebuah beg yang boleh muatkan botol-botol dan alatan pengepam 2. Sebuah beg tahan sejuk yang boleh muatkan susu yang diperah dan 'chiller'. 3. Botol. Ini untuk simpan susu perahan. Bawa 4-6 botol 4oz (bergantung kepada hasil susu perahan setiap individu). 4. 'Chillers'. Beli yang tahan lama (sejuk sehingga 8 jam). Boleh tengok di sini dan sini . 5. Pengepam. Ada pelbagai alat pengepam susu dari pelbagai jenama. Kalau nak cepat

Penyimpanan Susu Ibu

Image
Petikan dari www.momschoice.com.my Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama. Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan: - bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A) - bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware) - breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut: 1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam 2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam 3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari 4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20

Keperluan Ibu Semasa Berpantang

Untuk ibu yang baru, jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang. Pakaian - Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah panas dan berpeluh. - Kain batik – senang pakai - Seluar pakai buang - beli cukup untuk tempoh seminggu. - pad hamil - Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan - Bengkung – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut Makanan Kesihatan - Ubat-ubatan / Vitamin - memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor - Jamu/makanan kesihatan untuk ibu baru bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan ia itu sesuai untuk kita dan penyusuan. Penyusuan Badan - Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa - Pad alas payudara - untuk elak dari bra basah akibat susu melimpah. Biasanya susu payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu

Lahirnya Rakin Syahid Permatahati Kedua Kami

Image
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Pada 9 Mac 2010, alhamdulillah lahirnya permatahati kedua kami yang diberi nama Rakin Syahid, InsyaAllah. Semoga Rakin Syahid menjadi anak yang soleh.