Posts

Showing posts from 2009

Diabetes Melitus Semasa Hamil

Apakah Diabetes Melitus? Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus. Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan? Diabetes Mellitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Apakah bezanya antara diabetes

Penambahan Berat Badan Semasa Hamil

Image
Pertambahan berat badan merupakan satu perkara yang merisaukan wanita yang mengandung. Masa mengandung bukanlah masa untuk anda menguruskan berat badan anda, kecuali anda mendapat nasihat doktor puan untuk berbuat demikian. Sekiranya anda termasuk di dalam golongan orang yang gemuk, cuba kurangkan berat badan anda kepada yang ideal sebelum anda mula merancang untuk mengandung. Pertambahan berat badan yang sesuai - tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi - adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin / bayi. Pertambahan berat badan yang tinggi sebagai contoh akan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat kencing manis dan eclampsia. Persoalannya, berapakah pertambahan berat badan yang ideal? Sebenarnya ia bergantung kepada berat anda sebelum mengandung. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa pertambahan berat badan di antara 10kg sehingga 15kg adalah perkara yang normal. Untuk membantu anda mengawasi berat badan anda, cuba awasi pengambilan kalori supay

Doa Amalan Ketika Mengandung

Image
Doa amalan selepas Solat Lima Waktu: Doa ketika terasa sakit hendak bersalin dan juga boleh diamalkan ketika kandungan berusia 8 bulan keatas:

Tekanan Darah Rendah / Hipotensis

Pagi tadi saya ke klinik kerana sejak dari semalam saya mengalami pening kepala dan kebelakangan ini saya mengalami cirit birit, najis berwarna hijau dan sakit dada. Doktor mengatakan saya mengalami tekanan darah rendah. Berdasarkan pengalaman, semasa hamil saya tidak pernah mengalami masalah tekanan darah. Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah cukup 24 minggu..terasa sekejap sahaja masa berlalu..perasaan takut bersalin makin lama makin menebal terbuku di dada...takut!!..hehe. Disebabkan hipotensis, saya ditahan sekejap di klinik untuk dimasukkan air satu botol. Walaupun hari ini saya tidak sihat, tetapi saya perlu kuatkan semangat...semangat untuk balik kampung! Esok kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman..cuti untuk satu minggu lebih. Tak sabar rasanya bercuti, menyambut aidiladha dan berkongsi kegembiraan dengan adik yang baru melangsungkan perkahwinan. Dibawah ini adalah sedikit info mengenai tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubat

Tuna - Sukar Hamil, Hamil dan Menyusu Badan

Sedapkan sandwich tuna, lagi pula mudah dibuat. Namun... sedarkah anda, ikan tuna antara ikan yang mengandungi banyak raksa. Logam berat ini bukan sahaja mempengaruhi kesuburan, malah ia berbahaya untuk bayi dalam kandungan, dan juga bayi yang menyusu badan.... Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium. Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan. Kajian ke atas pekerja lelaki yang terdedah secara sederhana kepada plumbum menunjukkan paras plumbum dalam darahnya di antara 50–350 ug/L. Paras ini adalah lebih rendah dari paras merbahaya yang d

Pisang Lenyek

Pisang sesuai dijadikan makanan pertama bayi anda. Kebanyakan bayi menyukai pisang kerana rasa lemak manisnya. Bahan-bahan • 1 biji pisang • Susu ibu/ susu formula Lenyek pisang dengan garfu. Tambah susu sehingga sesuai dengan kepekatan yang anda mahu. Susu ibu akan sedikit berair. Anda juga boleh memekatkannya dengan menambah bijirin bayi.

Penjagaan Gigi dan Gusi Anak Anda

Image
Penjagaan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa. Kepentingan gigi primer (gigi susu) Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan. Panduan Penjagaan Oral Baru lahir hingga 24 bulan *Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur. *Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja. *Mengatur tabiat makan anak anda. *Berhentikan

Pemakanan Bayi

Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak? Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna. Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan? 6 bulan. Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan? Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan. Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari. Makanan jenis apakah yang boleh diberi Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan di

Kepentingan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil . Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD): * Keluarga yang pernah mengalami NTD * Pernah hamil anak yang mengalami NTD * Mengambil ubat sawan * Kencing manis Semua wanita yang merancang unt

Muntah Susu

Apa itu muntah susu? Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Apa yang menyebabkan muntah? Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun. Gejala dan simtom * Keluar secara 'effortless' * Muntah terjadi sebaik minum susu * Muntah selepas sendawa * Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum Tip untuk kurangkan muntah susu *

Tanda-tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin. Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran. Bersedia untuk kelahiran Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda. Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda: * Menghadiri kelas antenatal * Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan

Tanda-tanda Keguguran

Gejala dan tanda keguguran termasuk: * Pendarahan . Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi. * Sakit . Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. * Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan. Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur: * Usia terutama 35 tahun keatas

Risiko Ketidaksuburan

Adakah saya menghadapi masalah ketidaksuburan? Sekiranya anda berusia kurang dari 35 tahun dan masa mencuba untuk hamil kurang dari satu tahun, tiada sebab untuk anda merasa bimbang. Walaubagaimanapun, sekiranya anda telahpun melakukan hubungan kelamin selama lebih dari satu tahun tanpa mengunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan, ada kemungkinan yang anda dan suami mengalami masalah yang menganggu peluang anda untuk hamil. Cuma doktor yang boleh menentukan punca ketidaksuburan anda. Penyelidikan telah menunujukkan satu dari sepuluh pasangan akan menghadapi masalah untuk hamil. Sekiranya anda salah satu daripadanya jangan risau kerana peluang untuk anda hamil masih ada. Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti punca ketidaksuburan anda. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kemandulan? Sekiranya anda ada mempunyai masalah berikut, beritahulah doktor anda dan jangan membuang masa untuk menunggu selama setahun. Perempuan * Endometriosis * Uterine fibroid * Jangkitan ku

Uri Lekat (Retained Placenta)

Saya tidak pernah mengalami masalah ini, tetapi saya mendapat tahu mengenainya dari suami saya yang menceritakan isteri kepada rakan sekerjanya terpaksa buang rahim kerana mengalami uri lekat dan menyebabkan dia tidak dapat mengandung lagi. "Saya sedang hamil anak kedua..baru 18 minggu.Sewaktu bersalin anak kedua 23 Mac 2008 lepas, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Namun, selepas itu saya menghadapi kesukaran dan ujian yang tidak terjangkau oleh akal fikiran saya..uri saya tidak dapat dikeluarkan dengan normal..uri saya telah melekat. 2 doktor telah berusaha mengeluarkan uri tersebut dan alhamdulillah berjaya. Namun, selepas itu pula saya mengalami tekanan darah yang tinggi. hampir 8 jam saya berada di labour room..sekarang nie, bila saya mengenangkan kejadian lepas, saya takut." "Saya ada bertanya doktor ada kemungkinan tak lekat uri lagi untuk anak kedua ni, doktor pun tak dapat nak pastikan. Saya masih ingat doktor pelatih pegang tali pusat yang dipotong

Apakah akibat kelahiran tidak selamat?

Apakah akibat kelahiran tidak selamat? Kepada Ibu 1. Pendarahan yang teruk @ banyak yang boleh menyebabkan renjatan dan kematian ibu. 2. Kelahiran yang tersekat @ tersangkut. 3. Berlaku koyakan yang teruk di sela paha dan pintu rahim @ kemaluan. 4. Jangkitan akibat penggunaan peralatan yang tidak basmi kuman. 5. Peranakan @ rahim boleh pecah (reptre uterus) 6. Lekat Uri. 7. Masalah kesihatan kepada ibu sepert :Sawan jika ibu mengalami tekanan darah, tinggi,kegagalan jantung ibu. Kepada Bayi 1. Lemas tertelan air mentuban. 2. Kecederaan di bahagian otak yang boleh menyebabkan terencat akal. 3. Bayi bersaiz besar boleh tersangkut ketika dilahirkan dan mengalami kecederaan di anggota lain. 4. Kesejukan (hipotermia). 5. Kematian bayi. 6. Jangkitan kuman seperti tetanus neonatorum disebabkan penggunaan peralatan yang tidak suci hama untuk memotong tali pusat.

Tanda Tanda Lelaki Subur

Perihal tentang kesuburan wanita memang telah banyak di perkatakan tapi sebaliknya pula dengan kesuburan lelaki. Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur; 1 Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya. 2 Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita. 3 Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif. 4 Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra. 5 Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita. Selain mengenali

Tip Membersihkan Botol Susu Bayi

Untuk peringkat botol susu yang dipakai oleh bayi di bawah umur 6 bulan, kita tidak perlu menggunakan sabun pencuci untuk membersihkannya. Walaupun sekarang ada bermacam-macam sabun pencuci yang memang khusus mencuci botol susu bayi. Untuk bayi di bawah 6 bulan, botol susu yang digunakan cukup dengan hanya dibilas dengan air panas dan menggunakan berus lembut yang khusus untuk botol susu untuk membuang kotoran yang melekat. Kuncinya tidak membiarkan terlalu lama cairan susu dalam botol susu tersebut apabila sudah tidak diminum. Bila anda dalam perjalanan, apabila selesai bayi anda menggunakan botol susu tersebut, bilas cepat dengan air sisa susu yang ada. Hal ini sangat membantu mempermudah membersihkan botol tersebut sesudah anda sampai di rumah kembali. Selain mensterilkan botol susu, ibubapa juga boleh menggunakan cara manual untuk mensterilkan botol susu tersebut dengan cara merebusnya. Caranya adalah, pertama didihkan air secukupnya dengan pastikan semua bahagian dari botol susu t

Selamatkah Botol Susu Anak Anda?

Pernahkah anda terpikir bahawa Botol Susu boleh bahayakan kesihatan bayi anda? Barangan plastik, baik botol mahupun tempat makanan seharusnya memiliki gambar segitiga dan nombor tertentu dibahagian bawah barangan. Barangan plastik yang selamat untuk makanan dan minuman adalah yang bertanda 4 dan 5, nombor 1 dan 2 paling selamat tapi adalah untuk sekali penggunaan. Sementara yang tidak selamat/berbahaya adalah bertanda 3,6 dan 7. Hal ini adalah kerana bahan pembuatan plastik tersebut dapat menyebabkan kerosakan organ tubuh, sistem saraf dan hormon bila digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Apa itu D&C?

Mengapa perlu D&C D & C adalah kependekan bagi “dilation and curettage”. D&C boleh dilakukan untuk pelbagai sebab dan ia bermaksud: Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim sedangkan curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser pada dinding rahim. Apakah tujuan kita melakukan D & C Ini adalah satu tata-cara yang paling sering dilakukan ke atas wanita untuk berbagai sebab dan tujuan. Ia mungkin dilakukan sendirian atau bersama-sama tatacara pembedahan yang lain. Diantara tujuan-tujuan melakukan D&C ialah. 1. Kita melakukan D & C tujuan untuk mengatasi masalah kemandulan ialah wanita yang telah lama mencuba untuk hamil tetapi masih gagal. D&C dilakukan sebagai kaedah rawatan yang termudah di peringkat awal untuk membesarkan saluran pint

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir

Image
Terdapat beberapa perkara penting yang kita perlu ambil berat tentang bayi yang baru lahir, iaitu tabiat usus dan pundi kencing: 1. Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari? Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama. 2. Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya? Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan. 3. Bagaimana pula jika ada ke

Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda

(Dari Rumah Ke Wad Bersalin) Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu:) Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri. Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan. Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami

Bayi Pramatang Perlu Penjagaan Rapi

Image
SOALAN: ISTERI saya baru melahirkan anak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, anak saya dikategorikan sebagai pra matang dan masih lagi di hospital buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana untuk kami suami isteri kendalikan anak sebaik DIA dibenarkan keluar nanti. Selain itu, apakah kemungkinan masalah kesihatan yang akan dia hadapi? Bapa Serba Tak Tahu, JAWAPAN: BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi. Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui. Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang me

Wanita dan Kesuburan

Image
Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita? Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita? Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun. Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran. Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja. Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun dise

Resepi Bijirin Oat dan Pisang

Image
Bahan-bahan ¼ cawan oat segera ½ cawan air/susu ibu/susu formula ¼ cawan pisang lenyek Penyediaan: Campurkan kesemua bahan kecuali pisang. Didihkan dengan api kecil selama 5 minit. Tutup api, angkat dan masukkan pisang. Kacau rata. Untuk bayi bawah 8 bulan, kisar dengan pengisar sehingga berkrim. Anda juga boleh campurkan atau gantikan pisang dengan buah-buahan lain seperti epal atau peach.