Kawan-kawan

Susu Formula Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran

Agak menarik. Anak saya yang baru mencecah 4 tahun tidak suka makan badam, kurma dan kismis. Kagum dengan orang-orang yang ada sahaja idea untuk mencipta sesuatu yang baru dan unik. Mari kita baca apa khasiat yang ada pada badam, kurma dan kismis.



Khasiat Badam
Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Lagi di sini.

Khasiat Kurma
Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Lagi di sini.

Khasiat Kismis

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata

Lain-lain di sini.

Penyediaan Susu Ilham juga menerapkan 30 juzuk Al-Quran dan pelbagai doa / zikir bagi melahirkan pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti terpelihara. InsyaAllah. Itulah yang terbaik.

4 Kunci Supaya Pasangan Yg Telah Berumah Tangga Akan Tetap Bahagia Sehingga ke Hujung Nyawa

Komunikasi yang baik

Komunikasi yang baik adalah kunci utama dari segalanya, kerana dengan adanya komunikasi yang baik akan mempermudah pasangan untuk mengeluarkan apa yang dirasa dalam hatinya, apabila yang satu mengeluarkan pendapat apa yang dirasa dan yang satunya lagi harus siap menjadi pendengar setia. Begitu Juga sebaliknya.

Menerima kekurangan dan kelebihan

Kunci yang kedua adalah harus ikhlas menerima kekurangan dan kelebihan diantara keduanya, kerana kekurangan dan kelebihan itu akan selalu berjalan seiring dan tak kan terpisah selamanya kerana tidak ada mahkluk yang ada di dunia ini yang sempurna seutuhnya. Dan itulah hakikat sebuah pernikahan biar bisa saling menutup kekurangan dengan kelebihan antara kedua pasangan.

Memaafkan

Kunci yang ketiga adalah memaafkan kerana manusia itu tidak akan lepas dari sebuah kesalahan, maaf dan memaafkan adalah awal dari terbentuknya sebuah kesatuan dan persatuan dari kedua belah pasangan.

Mementingkan pernikahan di atas segalanya

Artinya adalah ketika seseorang telah memutuskan untuk menjalani ikatan suci tali pernikahan, maka segalanya harus berdasarkan keharmonian, tidak berdasarkan salah satu ego seorang pasangan saja.

Demikianlah empat kunci sekaligus saranan kejayaan dalam menjalankan bahtera rumah tangga supaya kekal bahagia sehingga akhir hayat.


Dipetik dari http://ciktieybasir.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails