Kawan-kawan

Pemilihan Pam / 'Breast Pump'

Pam susu? Perlu ke pam susu? Kalau tak ada pam susu tak keluar ke?

Sebenarnya kepentingan mengepam susu lebih kepada ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. Apa yang saya lihat, tidak semua ibu-ibu menggunakan ‘breast pump’ walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih berkesan. Bagi saya pilihlah ‘breast pump’ mengikut keperluan dan kemampuan.

Petikan dari http://viaemma.blogspot.com/
Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:

Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
Kos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping).
Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.

Jenis-Jenis Breast Pump

Pam Manual
• Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.
• Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.
• Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.
• Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.
• Sesuai digunakan untuk orang yang tidak kerap menggunakan pam.
• Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.

Pam Menggunakan Bateri
• Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
• Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
• Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
• Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
• Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
• Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.

Pam Elektrik
• Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
• Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
• Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
• Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
• Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
• Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
• Mudah dibawa kemana-mana.
• Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.

Saya? Saya hanya ada pengalaman menggunakan pam spectra3 dan medela harmony sahaja. Bolehlah serba sedikit saya ceritakan pengalaman saya menggunakannya.

Spectra3
- Bunyinya seperti mengulit saya tidur. Agak senyap. Sangat selesa menggunakannya.
- Tidak susah untuk menjaganya dan menggunakannya.
- 'Rhythmic suction' (seakan-akan bayi anda menghisap)
- Boleh laraskan kekuatan hisapan.
- Double Pumping (sangat membantu bila masa tak banyak)
- Mula-mula rasa sakit di bahagian 'nipples'. Tapi itu sementara sahaja. Mungkin sebab kedua-duanya baru nak cari kerasian :).
- Leceh kalau nak guna kena cari punca elektrik.

Medela Harmony
- Boleh beroperasi dimana jua anda berada.
- Sangat ringan dan boleh dibawa ke mana-mana.
- Hasil sama dengan jumlah menggunakan pam jenis letrik.
- Tak susah menggunakannya.
- Corongnya sangat lembut.

Ok itu sahaja. Apapun baik atau tidak sesuatu pam itu adalah bergantung kepada kesesuaian individu,cara menggunakan dan cara hidup anda. Selamat membeli!

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri


Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkand doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin. InsyaAllah.

Kenapa Perlu Buat Stok Susu Beku yang Banyak?




Kenapa perlu buat stok susu yang banyak? Jawapan ia senang sahaja, ia ibarat pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'. Kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa yang mendatang. Sementara rezeki susu masih banyak, tak salah kita sedaya upaya manfaatkan rezeki dan masa yang ada.

Kenapa saya membuat stok beku yang banyak? Antara sebab perlunya simpan stok susu adalah :
1. Target saya menyusukan Rakin sehingga umurnya 2 tahun. Saya tidak tahu adakah hari esok susu saya masih banyak seperti hari ini. Untuk itu, saya memang perlukan stok yang banyak supaya anak saya terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100%. InsyAllah.

2. Melalui pengalaman kawan-kawan, susu ibu ada pasang surutnya.

3. Anak saya juga ada masanya minum susu lebih banyak dari hasil pengepaman saya sehari. Oleh itu, saya perlukan stok susu beku untuk cukupkan permintaan dari anak.

4. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, kerja luar atau pergi kursus ditempat jauh daripada anak, maka suami boleh sediakan susu kepada anak susu dari stok susu beku.

5. Tiba-tiba sekiranya saya jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital dimana keadaan itu membuatkan saya tidak mampu untuk menyusu secara terus, maka ketika itulah perlunya stok susu beku.

6. Apabila berlakunya period,stress atau kepenatan, maka sememangnya akan ada kesan pada pengeluaran susu.

Apapun setiap orang orang mempunyai pendapat yang berbeza. Ada ibu-ibu yang rasa tidak perlu buat stok banyak-banyak dan ada pula yang sampai beratus-ratus susu beku, yang pasti semuanya tiada salahnya. Apa yang penting anak kita dapat susu yang terbaik dari kita sehingga 2 tahun tanpa susu formula, InsyaAllah.



Related Posts with Thumbnails