Kawan-kawan

Hukum Ibu Susuan

Sumber: Panel Kemusykilan Agama, JAKIM (2009). baheis.islam.gov.my. 8 Oktober.

Soalan:
1. Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi.
2. Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)?
3. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?

Jawapan:
1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

Apa itu Kolik? Dan Apa Penyebabnya?

Kolik berasal dari kata dalam bahasa Yunani, kolikos, yang bermaksud usus. Kolik berhubungan dengan ketidakmampuan sistem pencernaan bayi untuk mencerna makanannya.

Apabila Bayi Mengalami Kolik
* Tangisan yang lebih keras daripada kebiasaanya dan berpanjangan.
* Ketika menangis, dia kelihatan seperti membongkokkan badannya; menggenggam tangannya, dan menarik kedua kakinya ke perut.
* Mukanya merah ketika dia menangis atau menggeliat.
* Selalu ingin minum. Seperti tidak kenyang, padahal baru sahaja memberi ASI.

Adakah bayi yang diberikan susu formula lebih mudah mengalami kolik dibanding ASI?
Tidak selalu. Memang ada kemungkinan usus bayi menjadi peka terhadap susu formula , tapi bayi yang diberi ASI pun boleh terkena kolik. Pada bayi yang diberi ASI, kolik boleh terjadi kerana makanan yang diambil ibunya. Ibu yang menyusui sangat tidak digalakkan meminum susu lembu, atau makanan-makanan seperti kubis, brokoli, makanan pedas, coklat dan juga minuman yang mengandung caffeine dan alkohol.

Adakah bayi kesakitan kerana kolik?
Bayi yang terkena kolik akan merasa tidak selesa. Namun demikian, sebahagian besar doktor mengatakan bahawa "penderitaan" ibubapa yang melihat anaknya tidak henti menangis lebih besar dibandingkan dengan rasa sakit yang dirasakan bayi itu sendiri. Kolik boleh bertahan sampai usia bayi 3-4 bulan (sampai sistem pencernaannya kuat), tapi yang pasti kolik akan hilang. Dan kolik tidak mengganggu pertambahan berat badan pada bayi.

Apa yang harus kita lakukan?
* Berjumpalah doktor, pastikan bahawa memang ini kolik, ceritakan semua gejala-gejalanya, dilengkapi dengan keterangan penting lain seperti (kekerapan minum, ASI/formula, kekerapan buang air besar, dll)
* Kerapkan minum susu, tapi sedikit-sedikit. Ini untuk memperingan fungsi saluran pencernaan bayi yang belum terlalu kuat. Memang bayi akan selalu menangis dan haus. Haus disebabkan zat asam yang naik ke kerongkongannya yang membuatnya merasa panas dan ingin minum.
* Setelah selesai minum, sendawakan bayi. Ada banyak teknik untuk membuat bayi bersendawa antaranya dengan mendukungnya dengan posisi memeluk di dada dan menepuk punggungnya.
* Ketika bayi menangis jangan baringkan dia. Ambil lah posisi duduk yang selesa, lalu pangkulah bayi sehingga dia juga duduk di pangkuan, dan menghadap ke arah ibubapanya. Posisi duduk sekaligus akan menekan perutnya dan membuat dia merasa lebih selesa.

Masalah biasa dikalangan bayi (Menangis)

Ibu bapa menghadapi pelbagai masalah walaupun dengan bayi yang baru lahir. Antara masalah yang biasa berlaku ialah menangis.

MENANGIS
Semua bayi menangis kerana menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi. Jika ibu bapa memahami “bahasa bayi” ini, maka mereka dapat menangani anak-anak mereka dengan lebih baik. Tangisan bayi mempunyai corak yang berlainan mengikut sebabnya. Antara sebab bayi menangis;
Sakit
Bayi menjerit dengan nyaring kemudian senyap sebentar, lalu menjerit-jerit lagi dengan nyaring. Contohnya apabila bayi dicucuk dengan pin penyemat atau kepalanya terhantuk atau diberikan suntikan.
Lapar
Sedu-sedan yang singkat, berentak dan tidak sabar. Tangisan jenis ini berhenti sebaik sahaja bayi diberikan susu.
Mengantuk
Merengek sambil menggosokkan mata atau pipi.
Berasa tidak selesa
Rengekan yang berterusan. Bayi mungkin sakit mengalami kolik atau berasa panas.
Bosan
Mula-mula menangis secara merungut, kemudian meratap. Bayi berhenti menangis apabila diberi perhatian, mainan atau didukung.
Menangani tangisan bayi
Setelah mengenal pasti jenis tangisan bayi anda, selesaikan masalah atau keperluannya. Ia mungkin tangisan untuk susu atau mahukan perhatian anda seperti tukar lampin, untuk tidur, untuk didukung, untuk pakaian yang lebih panas atau ventilasi yang lebih baik. Namun bayi mungkin menangis tanpa sebab yang ketara.

Cubalah cara-cara berikut untuk menenangkan bayi menangis tanpa sebab:
* Dukung bayi dengan merapatkannya ke dada anda dan mula berjalan ke sana sini.
* Bedung bayi dengan selimut atau kain. Bayi akan berasa lebih selamat, selesa dan tenang.
* Dodoikan bayi anda untuk menidurkannya.
* Sesetengah bayi boleh ditenangkan dengan pergerakan seperti menaiki kereta, menaiki kereta sorong atau dibuai dalam buaiannya.
* Berikan bayi puting. Dia mungkin ingin menghisapnya tetapi tidak memerlukan makanan.
* Ingat! Jangan Goncang bayi anda.
* Walau bagaimana geram dengan tangisannya, jangan sesekali andan menggoncang bayi anda. Menggoncang tidak akan menghentikan tangisannya tetapi mungkin menyebabkan kebutaan, kerosakan otak ataupun maut. Minta orang lainmenguruskan bayi apabila anda menjadi semakin ganas.
* Adakah bayi mengalami masalah perubatan?
* Tangisan, terutamanya yang bernada tinggi, mungkin menunjukkan masalah perubatan. Perhatikan corak, jangka masa dan keamatan tangisan anak anda dan berbincanglah dengan doktor. Bayi mungkin mengalami kolik atau masalah perubatan yang lain.

Petikan Dari: http://nanahanif.blogspot.com

Cara Memilih Taska Yang terbaik

Ingin saya memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Namun ia bukanlah kerja senang, mungkin faktor jarak, masa dan kewangan yang menjadi permasalahan utama.

Dipetik dari http://ummiasyiq.wordpress.com

Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti.

Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik.

Ikuti tips ini:

1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut.
2. Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (saya dah ikuti kursus ini – sekadar untuk pengetahuan sendiri).

3. Perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tadika. Intermediate house adalah di larang.

4. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Itu amatlah penting!

5. Anda bayar, tentu anda ada hak untuk tahu apa yang diajarkan kepada anak anda. Saya pernah bertanya kepada seorang pengasuh di sebuah taska (dirahsikan namanya) di Kota Damansara tentang pengisian untuk baby. Anda nak tahu apa yang dia kata? ‘ Baby tahu apa? ‘ Ya Allah, saya rasa macam nak tampar jer muka dia hehehe (takla sampai ke situ).
Jangan tipu saya! Saya dah pernah pergi kursus dan saya tahu apa yang perlu diajarkan kepada bayi. Jika anda nak tahu, pengasuh taska pun perlu buat Lesson Plan/Rancangan mengajar. Ini adalah guideline dan peraturan JKM sendiri.

6. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh/guru anak anda. Nombor telefon mesti ada dan selalulah tanya tentang anak anda dan tanya perkembangannya.

7. Tanya juga tentang makanan yang disediakan oleh taska/tadika. Ia mestilah yang berkhasiat!

8. Sebelum anda buat keputusan untuk menghantar anak anda, tanya-tanyala kepada parents lain yang menghantar anak ke situ. Tanyalah tentang pengasuh, kebersihan dan keselamatan di tempat tersebut.

Ok itu sahaja.

Surat Kepada Pemilik Pusat Asuhan Anakku Rakin

Sakit hati bila memikirkan perkara itu. Untuk peringatan bersama ingin saya kongsikan dengan para pembaca semua. Ceritanya begini, mulai tahun baru yang seminggu lepas, saya menukarkan anak saya ke pusat asuhan yang lain berikutan kesihatan anak saya selalu terganggu (selesema dan batuk) yang berpanjangan. Apa yang saya kesalkan pemilik pusat asuhan lama anak saya yang saya rasa sedikit kurang ajar. Malas saya hendak memberi penerangan yang panjang lebar, tapi bolehlah kawan-kawan membaca surat saya kepada pemilik pusat asuhan tersebut yang saya karang ketika hati saya membuak-buak dalam kemarahan :).

'Assalamulaikum Puan,

Ada beberapa perkara yang saya rasa tersangat tidak berpuas hati dengan pengurusan puan.
1. Minta puan bayangkan sekiranya puan meminjamkan barang milik puan dengan keadaan elok dan bersih, tetapi dipulangkan dengan keadaan yang sangat teruk dan peminjam itu bukan sahaja tidak memberi alasan yang munasabah malah tidak meminta maaf. Dari situ ibubapa pun boleh tengok, kalau dah barang yang diserahkan rosak dan hilang, boleh jadi anak yang diserahkan juga boleh jadi macam tu.
Bottile warmer - Saya terima alasan puan mengatakan bottle warmer terjatuh dan pecah sebab budak tertolak, tetapi setahu saya ia di dalam bilik baby, keadaan meja dibilik tersebut, tidak mungkin bayi yang masih kecil boleh berpaut kerana meja tersebut agak tinggi. Takkan baby tolak pengasuh?
Baby carrier – Saya minta puan tengok sendiri keaadaan baby carrier milik Rakin. Saya serahkan baby carrier untuk memudah cara pengasuh-pengasuh disitu. Saya hantar baby carrier masih elok, bersih dan berfungsi dengan baik.
Tuala dan 2 helai blanket – hilang.
Berikutan pengasuh yang selalu bertukar, itulah barang-barang Rakin yang hilang dan rosak. Tak cukup dengan itu, ketika saya melawat tempat Rakin pada hari 2 Jan 2011, bilik baby sungguh tak terurus, dengan bau hancing, tilam-tilam baby bertimbun dan kotor dan lantai yang tidak bersih. Patutlah saya kerap mendengar keluhan ibu-ibu lain yang bayinya yang dihantar ke situ selalu kena penyakit. Kalau pengasuh puan tak mampu untuk bersihkan tilam dan bantal, mintalah ibubapa yang bersihkan (seperti yang dibuat sebelum ini).

2. Buat pengetahuan puan, inilah pengalaman pertama saya berhadapan dengan pusat asuhan kanak-kanak yang seperti ini. Kerap bertukar pengasuh dan pengurusan yang begitu tidak memuaskan. Saya bukanlah mengharapkan ganti rugi daripada puan, kalau dikira dengan jumlah yang betul, nilainya lebih RM300. Saya cuma mahu puan mengakui kesalahan puan. Sepatutnya puan mementingkan kepuasan pelanggan dan buat pengurusan yang betul, bukannya melepaskan kepada pekerja-pekerja puan semata-mata. Pantaulah pekerja-pekerja puan membuat kerja dan berilah latihan yang cukup kepada mereka sebelum masuk bertugas. Bayangkan kalau anak puan yang masih bayi ditempatkan ditempat yang sedemiakian, walhal yuran dibayar setiap bulan.

3. Seharusnya tujuan puan membuka pusat pengasuhan ini bukan hanya sekadar untuk mengaut keuntungan sahaja tetapi sebaik-baiknya sediakanlah kemudahan dan jagaan yang baik sebagaimana puan harapkan jika anak puan sendiri membesar di sini. Saya berharap puan dapat menerima teguran saya ini dengan hati yang terbuka. Berubahlah untuk kebaikan. Sekian terima kasih.'


Jagalah prestasi. Jagalah kualiti. Jagalah hati pelanggan anda.
Related Posts with Thumbnails