Kawan-kawan

Tips Agar Rumah Sentiasa Kemas

Dialog mama dengan syahmi
Mama : Syahmi..tolong kemaskan mainan syahmi ni..masukkan dalam bakul.
Syahmi : Kawan mama nak datang ke?

Dialog mama dengan abah
Mama : Hari ni saya nak vacum dan moop rumah.
Abah : Kenapa? Ada orang nak datang ke?

:) Jelas sekali saya telah tersilap mendisiplin mereka..itulah kebiasaannya. Tidak kisahlah ada tetamu atau tidak, rumah mestilah sentiasa bersih dan kemas. Saya memang mahu pastikan rumah saya sentiasa bersih, kemas, selesa dan sedap mata memandang..kalau tidak memang sakit kepala saya dibuatnya.

Faktor masa dan kesibukan diri menjadi rumah kurang terurus. Jadi saya cari-cari dalam internet cara-cara kekalkan rumah sentiasa kemas. Tapi rumah saya tidaklah tunggang langgang macam ni :) ..cuma saya rasa ia boleh diguna pakai ;)

Taktik bersihkan/kemaskan rumah dalam masa 3 MINIT !!



Berguna bukan? Saya selalu juga alami perkara macam ni. Bila ada orang nak datang...mulalah kelam kabut. Lebih-lebih lagi dengan mainan dan buku-buku syahmi yang bersepah.

Berpindah atau Tidak?

Saya tengah dalam dilema sama ada ingin berpindah sepenuhnya atau tidak kepada blogspot. Sayang untuk meninggalkan blog lama saya yang menggunakan fotopages. Apa pun masa yang akan menentukannya...:).

Mama sebenarnya sudah mengantuk..tapi menahan mata sebab menunggu orang..uhuh. Sambil-sambil tu mama tengok-tengok kamera mama. Kejadian ni berlaku 24/6...selepas abah ambil Rakin dan Syahmi dari nursery..kedengaran abah ulang-ulang...'mama marahlah kali ni..kenapa adik macam ni'. Ingatkan apa la...nak tergelak pun ada tengok Rakin...hehe. Macam tepung gomok pun ada anak mama ni..hehe. Mama pun belum pernah lagi pakaikan Rakin bedak. Lupa nak pesan dengan cikgu barunya,jangan pakaikan bedak utk rakin, sebab lendir hidungnya masih belum kering lagi.



Rabu lepas mama ambil cuti untuk membeli belah. Mama paksa abah yang kebetulan mc hari tu teman mama ke jusco. Mama suruh abah tidur kat surau jusco tu kalau tidak larat. Hari tu mama belikan syahmi puzzle yang mama cari-cari selama ni...suka sangat sebab jusco equine dah ada kedai buku Popular. Pada pendapat mama bahan bacaan kanak-kanak di Popular lagi menarik dari MPH.


Syahmi sekarang dah makin petah bercakap dan sudah pandai berfikir. Syahmi suka bertanya, kadang-kadang mama tak tahu nak jawab apa. Selera makan pun makin bertambah. Mana taknya tengah-tengah malam minta nasi dengan mama. Terpaksa mama pujuk syahmi makan makanan yang ada. Kasihan anak mama ni. Semalam syahmi buat mama tergaman dengan pertanyaannya..

Syahmi: Mama...mama baik kan? Abah tak baik kan?
Mama: erkk. Kenapa syahmi cakap macam tu.
Syahmi: Abah marah..syahmi nak roti.
Mama: Owh abah bukan nak marah syahmi. Tapi abah nak cepat ke ofis..syahmi pula minta macam-macam..kan abah dah bagi air dan bekal. Tak boleh lah syahmi nak pergi kedai setiap pagi. Kasihan abah. Nanti lambat pergi ofis.
Syahmi: ermm.(
hehe oklah tu jawapan mama)

Syahmi juga suka tanya...'Mama beli kat mana adik?' .

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Menyusukan Bayi

Petikan dari Mesra.net Info Keibubapaan dan penjagaan anak.

Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya.

Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya. Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Susui bayi anda selama mana yang di mabu. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini dinamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’.

Amatlah penting anda menyusukan bayi selama mungkin atau sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu yang terus menyusu walaupun setelah berkerja semula.

Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

Foot Detox & HiGoat

Assalamualaikum wbt.
Untuk dapatkan pelekat kaki nyah toksin (foot detox) dan HiGoat (susu kambing), boleh mengunjungi kedai atas talian kami. InsyaAllah kami tawarkan dengan harga yang berpatutan.


Boleh beli secara pukal foot detox 500 keping ke atas!!!.

http://whenmayendshop.blogspot.com/

Rakin Sudah Pandai Mengiringkan Badan

Yeay. Rakin mama telah pandai mengiringkan badan. Hari ini umur Rakin 101 hari.

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)

Sejak akhir-akhir saya kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak sulung saya di rumah. Mungkin disebabkan kepenatan, kesibukan suami dan kekangan masa yang saya hadapi seminggu dua ini. InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki cara saya terutamanya dalam segi menguruskan masa bersama anak-anak. Ingin saya berkongsi cara-cara mendidik anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun di rumah. Artikel ini saya ambil dari www.bicaramuslim.com. Semoga ia berguna untuk saya dan ibubapa diluar sana.

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.
2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

B. PERKEMBANGAN MENTAL
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..
2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.
3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.
4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI
Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL
1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.
2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.
3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)
1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.
2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI
Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.

Selamatkah Botol Susu Anak?

Petikan daripada Pa&Ma, Februari 2004

Penggunaan botol susu lazim bagi kanak-kanak. Kepada yang menghisap susu ibunya, botol susu dianggap penting. Kebanyakan ibu bapa pasti akan membeli botol susu untuk penggunaan anaknya sehari-hari. Namun, selamatkah botol susu atau bekas makanan yang anda gunakan untuk keperluan anak anda itu?

1. Adakah botol susu selamat dipakai dan diperbuat daripada apa?
Kebanyakan botol susu untuk kegunaan bayi diperbuat daripada dua komponen berbeza iaitu polyethylene yang lebih dikenali dengan plastik EVA dan satu lagi ialah polycarbonate. Ia merupakan komponen dalam penggunaan botol susu yang dibenarkan pada peringkat antarabangsa dan selamat dipakai. Cuma, apabila susu (sama ada susu badan atau formula dalam botol terbabit) direbus pada kepanasan 100ยบ c selama 20 hingga 30 minit, ia sejenis bahan kimia yang dipanggil bisphenol A akan larut bersama susu di dalam botol terbabit.

Konfliknya, apakah ibu bapa lazimnya merebus susu sebelum memberi anak mereka minum? Inilah yang menjadi persoalan. Bagaimanapun, menurut badan antarabangsa Food and Drug Administration and Juvenile Product Manufacturer's di Amerika Syarikat, tiada rekod melaporkan bahawa kanak-kanak yang diberi minum susu menggunakan botol yang diperbuat daripada dua bahan terbabit cedera atau mengalami komplikasi.

Jurucakap badan antarabangsa ini turut menyarankan bahawa untuk memastikan keadaan selamat, susu tersebut perlulah disimpan pada kondisi suhu bilik. Untuk lebih selamat ibu bapa perlulah ingat bahawa selepas setiap kali memerah susu jangan terus disimpan di dalam botol susu plastik. Simpan susu dalam botol kaca ataupun dalam bekas pakai buang yang tidak mengandungi bahan kimia bisphenol A tersebut.

2. Saya bimbang penggunaan botol susu boleh menyebabkan anak saya sakit perut. Bagaimanakah saya boleh mengelak perkara ini daripada berlaku?
Menggunakan botol susu bagi memberi anak anda susu memiliki kelebihan dan kelemahan tertentu. Kelebihannya, anda boleh mengetahui sukatan susu yang diberikan kepada anak dan kelemahannya botol susu mungkin memiliki kuman atau bakteria tersembunyi yang boleh menyebabkan anak sakit perut dan cirit birit.

Botol susu anak perlu dibersihkan secara sempurna setiap kali digunakan. Jika anda tidak mempunyai peti sejuk anda disarankan agar membancuh susu anak di dalam botol hanya apabila perlu sahaja. Kebanyakan kanak-kanak tidak berupaya menghabiskan susu yang telah dibancuh di dalam botol, susu tersebut perlulah dibuang dan jangan disimpan lagi untuk kegunaan seterusnya. Jika digunakan lagi dibimbangkan terdapat kuman pada air liur kanak-kanak yang telah mencemari susu itu.

Sentiasa ingat bahawa susu tersebut perlulah dibuang setelah disimpan lebih daripada 24 jam. Jangan sekali-kali memanaskan susu untuk digunakan semula. Susu merupakan asas pembiakan yang sesuai bagi bakteria yang boleh menyebabkan gastroenteritis iaitu sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa kanak-kanak.

3. Saya buntu memikirkan puting terbaik untuk diberikan pada anak. Puting jenis apakah yang terbaik?
Ada banyak jenis puting dijual di pasaran. Antaranya ialah lateks, silikon, atau getah. Puting yang diperbuat daripada lateks lebih lembut dan fleksibel tetapi ia tidak tahan lama. Selalunya, puting ini mudah koyak apabila digigit dengan kuat oleh kanak-kanak.

Puting silikon sangat kukuh dan bentuknya kekal lama. Manakala, puting getah merupakan jenis puting yang telah lama berada di pasaran. Puting ini tidak berapa lembut tetapi tahan lebih lama. Puting turut memiliki bentuknya tersendiri. Antaranya ialah puting tradisional, ortodontik dan puting berpermukaan rata. Puting ortodontik direka khas mengikut bentuk lelangit dan gusi anak. Puting ini direka bagi memastikan keselamatan anak sewaktu menghisap susu terjamin.

Jangan memberikan puting susu kanak-kanak lebih besar kepada bayi. Ini penting bagi menentukan bahawa bayi tersebut selesa dengan saiz puting yang diberikan. Belilah satu puting bagi setiap jenis atau bentuk yang ditawarkan agar anda mempunyai lebih pilihan untuk diberikan kepada anak.

4. Perlukah saya mensteril botol susu anak saya?
Ya! Anda perlu mensteril botol susu anak setiap kali sebelum memberikan susu kepada mereka. Pensetrilan yang sempurna mampu menghindarkan hampir 99 peratus kuman yang terdapat pada botol susu. Untuk mensteril anda perlu membasuh semua peralatan terlebih dahulu. Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda menyusukan anak anda dengan susu botol. Pada setiap kali akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan ia. Anda perlu membasuh dan mensterilkan botol tersebut serta menyediakan bancuhan baru.

Membasuh botol
1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang, cakera, corong dan sudu yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna.
2. Gosok bahagian dalam botol susu tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol dan jalur skrunya.
3. Sapukan garam di bahagian dalam puting dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurutkan hujungnya. Tindakan ini mengasingkan kesan susu.
4. Bilas botol, puting susu, dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.

Mensteril botol
1. Isikan bekas dengan air sejuk dan tambah pil atau cecair pensterilan. Apabila pil tersebut telah larut, letakkan peralatan ke dalamnya dengan memenuhkan botol dengan air supaya botol tidak terapung.
2. Goyang semua botol dan alatan lain ke sekeliling sehingga anda tidak melihat sebarang gelembung udara. Jika ada udara yang terperangkap, semua peralatan tidak akan menjadi steril. Tutup bekas.
3. Biarkan sehingga lebih kurang sepuluh minit. Keluarkan peralatan apabila diperlukan dan bilas dengan air mendidih. Keringkan di atas tisu atau kain bersih.
Peringatan: Letakkan puting susu secara terbalik ke dalam. Jika tidak, udara akan terperangkap dalam puting dan puting tidak akan menjadi steril.

Kaedah-kaedah lain
1. Mesin pencuci pinggan mangkuk
Ia merupakan cara mudah untuk mencuci (bukan untuk mensteril) peralatan. Caranya mudah. Cuci peralatan pada tahap kitaran panas.
2. Pensteril stim elektrik
Cepat dan menjimatkan tenaga. Namun, ia hanya untuk botol dan puting susu. Anda masih perlu mencuci semua peralatan dengan bersih terlebih dahulu.
3. Pensterilan dengan cara pendidihan
Cuci peralatan, kemudian didihkan selama 25 minit dalam semua peralatan yang terendam. Pastikan kanak-kanak tidak berada berhampiran tempat tersebut.

Stok Susu Beku Sehingga 9.6.10


Alhamdulillah. Inilah stok susu Rakin sehingga 9.9.10.

Rakin Syahid 3 bulan


Alhamdulillah Rakin Syahid telah genap 3 bulan 9 hari pada hari ini. Tapi kasihan anak mama sejak lahir sehingga sekarang, hidungnya masih tersumbat disebabkan lendir masa lahir yang tidak sedut habis. Sudah seminggu mama berinya ubat Sterimar untuk mencuci hidung dan membantu Rakin menyusu dengan lancar. Semoga Rakin cepat sembuh. Amin.

Laman Web Berguna

Antara laman web berguna untuk pembelajaran anak-anak di rumah.

Klik di sini http://www.bbc.co.uk/cbeebies/stories/

Klik di sini http://www.ixl.com/

Klik di sini http://www.lil-fingers.com/

Klik di sini http://www.primarygames.com/

Klik di sini http://www.gamequarium.org/

Klik di sini http://www.first-school.ws/

Pembelajaran kanak-kanak - Bahasa Inggeris

Saya sangat suka laman-laman ini...
http://www.dreamenglish.com/
http://www.freeabcsongs.com/
http://123listening.com/
http://www.starfall.com







Barney - I Love You



I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

Bahaya Penggunaan Susu Formula

• Bayi kekurangan khasiat penyusuan ibu
• Air yang digunakan bagi penyediaan susu mungkin tercemar
• Susu formula yang menyebabkan perbelanjaan yang membazir, bermakna kurang agihan makanan kepada ahli yang lain
• Ahli keluarga mungkin mencairkan susu supaya ia tahan lebih lama dan menjimatkan
• Kesilapan membancuh mengakibatkan penyakit
• Mengandung yang terlalu kerap membebankan keluarga

Cabaran Awal Penyusuan, Bersedialah!

Petikan dari http://menyususimanja.blogspot.com

Cabaran awal yang bakal dilalui oleh ramai para ibu yang berniat menyusukan bayi mereka biasanya adalah cabaran yang bisa membuatkan si ibu goyah, patah semangat dan berputus asa.

Pada waktu ini jugalah baru si ibu sedar betapa pentingnya memiliki dan menggali ilmu-ilmu penyusuan serta mendapat sokongan khasnya daripada suami tersayang. Saya akan cuba mengupas isu ini seringkas mungkin. Saya akan berikan situasi-situasi utamanya dahulu kemudian baru cara-cara menghindarkan, mengatasi dan menangani situasi-situasi itu di entri akan datang.

Antara cabaran yang bakal ditempuhi ialah:

1. Pandangan keluarga dan masyarakat
Perlu diakui, betapa banyak keluarga di Malaysia yang tidak terdedah dengan peri pentingnya anugerah Tuhan ini. Setiap hari kita terlalu dimomokkan oleh media massa dan elektronik betapa hebatnya susu-susu formula yang dinaik taraf kandungannya dari masa ke masa.

"Susah nanti kau nak bekerja, anak asyik nak bergayut sahaja."

"Beri susu X ni banyak-banyak, cepat bijak budak ni nanti. Tengok anak si Polan tu, cergas dan sihat budaknya."

"Kau ni jangan manjakan sangat budak ni, nanti naik lemak dia esok. Mulalah asyik nak berkepit sahaja. nak buat kerja pun susah nanti."

"Eh, badan nampak kecik sahaja. Banyak kah susu kau ni? Seminggu dua lagi habis kering lah ni."

"Patutlah banyak susu, tengoklah badan dia."


Ya, ini adalah antara 'pandangan' yang bakal anda semua terima. Ini baru sebahagian, saya percaya pelbagai lagi perkara yang bakal kalian tempuhi.

2. Tempoh pantang yang mencabar
Selepas melahirkan, proses mengharungi tempoh berpantang pasti antara waktu perit yang bakal dihadapi oleh para ibu. Ini tidak termasuk lagi proses kelahiran secara pembedahan, kelahiran pra matang, berlaku tumpahan darah, episiotomi yang parah dan sebagainya.

Di sinilah waktu yang benar-benar mencabar semangat para ibu. Ditambah pula apabila bayi dijangkiti Jaundis (demam kuning), ibu mengalami bengkak susu, ibu baru sedar beliau mempunyai puting rata dan puting tenggelam dan sebagainya. Pada waktu yang sama pula 'orang tua' kita yang terdiri daripada ibu, nenek, ibu saudara dan lain-lain tidak habis-habis mengingatkan kita dan menjaga kita dengan pelbagai pantang larang.

"Jangan minum air banyak."

"Jamu ni kamu dah makan ke belum?"


3. Susu tidak keluar pada hari atau minggu pertama
Isu tidak keluar susu ini bukanlah 'taboo' dalam proses pertama penyusuan. Jika tidak, masakan ia sentiasa disebut-sebut oleh ramai para ibu. Dan ramai para ibu yang gagal sedari awal menjadikan ia sebagai faktor utama.

Hal ini juga membawa kepada satu lagi permasalahan iaitu bayi keliru puting. Manakan tidak, apabila ilmu penyusuan kurang, semangat pula semakin menghilang, bayi pun disumbat dengan susu formula menggunakan botol. Ramai pakar penyusuan menggalakkan memperkenalkan botol kepada bayi pada umur bayi 30 hari. Bagi bayi yang menghadapi masalah penyusuan di bawah tempoh itu, disarankan menggunakan cawan ataupun sudu bayi sebagai langkah terbaik. Ia memang mengambil masa untuk bayi membiasakan diri, tetapi langkah ini dapat mengelakkan bayi mengalami keliru puting yang mana akan mendatangkan cabaran yang lebih besar kepada bayi dan ibu.

4. Sokongan suami

Pada pandangan saya, sokongan suami sangat memainkan peranan yang besar kepada kejayaan penyusuan ibu. Suami yang prihatin kepada keperluan ibu dan anak akan memberi kesan motivasi kepada si ibu dalam meneruskan penyusuan dengan lebih bersemangat.

Sokongan yang dinyatakan di sini bukanlah hanya daripada segi material semata-mata, tetapi yang paling penting ialah sokongan spiritual dan psikologi.

Tidak dinafikan, pertolongan suami menyediakan segala keperluan material sampingan yang memudahkan penyusuan seperti pam, bantal penyusuan, penutup penyusuan, baju penyusuan dan sebagainya sangat penting terutama bagi ibu-ibu yang tidak bekerja. Tetapi, sokongan kata-kata semangat dan motivasi adalah tunjang utama.

Dalam hal ini, ibu perlu memastikan suaminya faham keinginan dan matlamatnya un tuk menyusukan anak, target mereka, situasi yang bakal ditempuhi, faedahnya dan lain-lain. Ia perlu diterapkan sedari awal mengandung lagi. Pemahaman dua hala ini sangat penting supaya matlamat kedua-dua ibu bapa adalah seiringan dalam menentukan yang terbaik buat si manja.

Di samping itu, ibu juga pasti akan lebih tabah dan kuat dalam menghadapi dan menangani karenah serta pandangan orang sekeliling yang pastinya mempunyai pelbagai persepsi dan pendapat yang bisa menggoyahkan matlamat penyusuan mereka.

5. Semangat dan matlamat ibu
Inilah halangan dan kekangan yang paling besar sebenarnya di dalam dunia penyusuan. Saya sendiri dihubungi oleh ramai ibu yang ingin menyusukan anak mereka tetapi apabila ditanya dari segi usaha dan matlamat, adalah tidak seiring dengan usaha yang mereka inginkan.

Perlu diingat, dunia penyusuan adalah bukan satu perkara yang remeh dan mudah. Ia tidak akan berjaya tanpa usaha dan tekad yang berterusan. Tidak ada sebarang ALASAN di dalam dunia penyusuan. Saya teringat akan satu kes yang saya baca di dalam web kegemaran saya. Ia dikongsi oleh seorang ibu yang prihatin, cerita berkaitan seorang warga Inggeris yang bertekad menyusukan anaknya secara relaktasi (kembali kepada penyusuan) walaupun susunya telah kering.

Setiap hari beliau mengepam payudaranya yang telah kering dengan sentiasa berfikiran positif. Ini kerana beliau tahu bahawa payudara kita boleh menghasilkan susu apabila mendapat stimulasi 8-12 kali sehari apabila kita mengepam atau bayi menyusu secara konsisten setiap hari. Sehari, sebulan..beliau terus mengepam dengan minda yang positif bahawa dia boleh menghasilkan susunya kembali walaupun telah lama kering. Dan hasilnya? Ya, beliau berjaya lakukan!

Percayalah ibu-ibu semua, setiap anak itu pasti dianugerahkan rezekinya sekali ke muka bumi ini. Tuhan itu adil. Tidak akan dianugerahNya cahayamata dengan dibiarkan kelaparan. Cuma kita sebagai manusia perlu mengkaji dan menggali caranya. Jika anak itu lelaki pasti rezeki nutrien melebihi sekali ganda anak perempuan. Jika dianugerahkan anak kembar, pasti kilang susu kalian lebih beruapaya menghasilkan susu yang lebih banyak! Pokok pangkalnya, tepuk dada tanya matlamat ;)

Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu

Petikan dari http://menyususimanja.blogspot.com/

Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:

1. "Susu tidak cukup."
2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
3. "Saya terlalu sibuk."
4. "Saya bertubuh kecil."
5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
7. "Keturunan saya memang tiada susu badan."


Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia.

Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?

Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa, harapan, usaha, ilmu dan disiplin yang tinggi.

Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.

Guna Botol vs Secara Terus
Ramai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?

Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua, kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain, ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.

Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula. Contohnya:

Bayi dalam pantang: 2 oz
Bayi 3-4 bulan: 3oz
bayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.

Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.

Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.

Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang sering culas dan mencipta pelbagai alasan.

Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif, sihat dan mempunyai badan yang 'tegap'.

Perspektif Saiz Bayi
Satu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini, tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.

Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."

Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah, asytyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."


Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat? Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.

Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan. Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu. Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah, jiwa tenang, produksi pun meningkat =)

Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)

Bagaimana Bekalkan EBM / Susu ke Pengasuh / Pusat Asuhan

Gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com/

Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan. Saya bertuah kerana Pusat Asuhan yang saya hantar anak saya berpengalaman menguruskan bayi yang minum EBM, maka tidak perlulah saya bersusah payah menerangkan satu persatu kepada pengajarnya.

Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah).

Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.

Seawal jam 5 pagi saya biasanya bangun mengepam, selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekiranya simpan didalam plastik) dan melabelkan botol-botol susu untuk ke pusat asuhan. Mula-mula saya akan susunkan 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman mengikut tarikh dan masa. Kemudian saya akan melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku.
Cara melabel, saya akan labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 3 hingga nombor 6.
Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'? Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, saya akan meminta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat(hari terakhir bekerja) saya akan membawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan.

Amaran; EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang. Maknanya membazir kan?.

Saya juga sediakan 'bottle warmer' untuk pengajar pusat asuhan memanaskan susu. Maknanya pengajar tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu. Sebenarnya kita sangat digalakkan menggunakan pemanas botol khas kerana EBM tidak boleh dipanaskan lebih 40 degree, nanti merosakkan nutrien.

Pantang Menyerah Sebelum Ajal

Kadang-kadang datang ujian oleh Allah, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, kadang-kadang rasa diri tidak berguna...

Hadith:
Dari Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: "Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku."(Bukhari)

Huraian:
Sebagaimana maklum Islam menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa jua perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah S.W.T

Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh manakah keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.

Orang-orang yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah dalam dugaan ini dan sebaliknya pula bagi orang yang kurang imannya di mana hal yang demikian boleh memungkinkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh dari jalan-Nya.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya di mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.

Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pahlawan Melayu "Pantang menyerah sebelum ajal!"

Urutan Melancarkan Aliran Air Susu Ibu

Gambar dan petikan dari http://sweetstory.yuitsumuni.com


Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas. Mulakan dengan bahagian belakang, urut ke atas kawasan yang diloretkan. Kemudian sambung dengan mengurut bahagian depan dari bahu turun ke pangkal payudara anda. Jika ada ketulan, tuam dengan tuala yang ‘disuamkan’.

'Cracked Nipple'- Bagaimana Menghadapinya?

Petikan dari http://sweetstory.yuitsumuni.com

'Cracked nipple' kerap berlaku bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan ataupun mengurangkan rasa sakit(jika berlaku):

- Sebelum susukan anak atau perah susu, sapukan sedikit susu pada puting,. Ini akan membantu refleks 'let-down', melembutkan puting susu dan membiarkan bayi anda mengisap lebih lembut dan mudah.

- Adakah bayi anda mengisap dengan betul ?? - 'latch' yang tidak betul boleh menyebabkan anda terasa sakit, puting susu kering atau pecah-pecah. Pastikan bayi memasukkan seluruh bahagian aerola ke dalam mulutnya. bukan hanya puting.

- Biarkan bayi anda mulai menyusu pada payudara yang lebih sakit bagi membantu anda mengurangkan rasa sakit.

- Ubah kedudukan bayi anda setiap kali menyusu jangan kekal dalam satu posisi sahaja.

- Jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu ataupun membiarkan dia menggonggong kerana ini boleh menyebabkan luka atau rasa sakit…tambahan pula bayi yang bergigi.

- Setiap kali lepas penyusuan biarkan puting anda ‘dianginkan’ dan sapu sedikit susu untuk ‘moisteriser’.

- Jika kes 'cracked nipple' Bepathen cream juga berkesan. Krim ni tidak perlu dicuci jika hendak susukan bayi kerana ia selamat (apa yang ditulis dikotaknya)

- Elakkan menyabun bahagian puting ketika mandi.Memadai dengan mencucinya dengan air sahaja.

EBM - Pindahkan dari Plastik Susu ke Botol

Gambar dan petikan dari memorisusuanku.blogspot.com

Ini pula cara EBM dipindahkan dari plastik susu ke botol untuk persediaan ke pusat asuhan. Saya akan masukkan susu beku ke dalam bekas yang berisi air untuk cairkan ebm pada jam 10 malam. Kemuadian masukkan ke dalam bahagian sejuk. Seawal 5.30 pagi saya akan mula pindahkan susu dari plastik ke botol.

1. Sediakan botol-botol siap-siap agar tidak kelam kabut.

2. Goncangkan EBM dengan perlahan bagi sebati lemak-lemaknya.

3. Masukkan plastik ke dalam botol seperti di dalam gambar.

4. Kemudian cepat-cepat tuangkannya.

5. Jangan buang tarikh/masa/oz 'masking tape' yang asal sebaliknya lekatkan ia pada botol susu pula supaya mudah kita tahu tarikh yang mana satu bayi perlu minum dahulu.

6. Siap!. Boleh masukkan botol-botol ke dalam bahagian sejuk sementara menunggu waktu ke pusat asuhan.

Cara Menyimpan EBM ke Plastik Susu (Breast Milk Storage Bag)

Gambar dan petikan dari memorisusuanku.blogspot.com

'EBM = Expressed Breast Milk'Selain botol, saya juga menyimpam EBM di dalam plastik susu khas. Plastik susu ini dapat menjimatkan ruang peti ais, tetapi sedikit renyah apabila ingin pindahkan susu ke botol susu. Biasanya saya akan pindahkan susu dari tempat beku ke bahagian sejuk pada jam 11 malam, dalam 5.30 pagi saya akan pindahkan susu ke botol. Kemudian masukkan kembali ke bahagian sejuk.

Bahan-bahannya seperti dibawah:
(Petikan dan gambar dari memorisusuanku.blogspot.com)
1. EBM
2. Plastik susu
3. Getah utk pengikat
4. Gunting
5. 'Masking tape'
6. Pen
1. Lekatkan 'masking tape' untuk catat tarikh/masa.
2. Isi EBM mengikut sukatan berapa banyak bayi anda minum setiap sesi. Untuk pindahkan susu ke plastik susu, goncang dengan perlahan terlebih dahulu bagi sebatikan lemak dan air susu. Kemudian masukkan botol ke dalam plastik, sambil kita memegang di kepala botol dan terbalikkan dengan pantas.
3. Ikat EBM dan pastikan ruang udara dalam 1 cm atau lebih, supaya bila sudah dicairkan senang kita hendak goncang lemak dan air.
4. Siap! Boleh simpan dalam peti ais dahulu, selepas 24 jam boleh bekukan untuk simpanan.
Biasanya kesilapan ibu-ibu selepas mengepam, terus memasukkan susu yang masih suam ke tempat beku. Susu tidak boleh terus dibekukan, kena masuk ke dalam bahagian sejuk untuk samakan suhu EBM dahulu.
Related Posts with Thumbnails