Kawan-kawan

Petua Membanyakkan Air Susu

Petikan diubah dari http://memorisusuanku.blogspot.com, http://alinalan.blogspot.com

Ada pelbagai cara membanyakkan air susu sama ada dari segi pemakanan, minuman dan amalan. Berikut adalah hasil dari pembacaan dari website-website kawan-kawan, majalah dan dari orang-orang yang berpengalaman yang boleh dijadikan rujukan sebagai cara untuk menambahkan susu ibu. Tidak semua petua ini serasi dengan semua ibu. Ia bergantung kepada badan masing-masing. Selamat mencuba!

Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea

Makanan Tambahan
- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
- Alfalfa (Shaklee)
- Bidadari (DCL)
- GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
- Habatussauda
- Organic Spirulina
- Melilea Greenfield Organic
- ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

Zikir dan Doa
- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

EBM - Bagaimana Nak Cairkan?

Petikan dari http://alinalan.blogspot.com/

'EBM = Expressed Breast Milk'
1. Pilih botol yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.
2. Turunkan EBM beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU....
3. ... lalukan EBM beku di bawah aliran air paip.
4. Bila sudah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam ATAU gunakan pemanas susu khas.

AMARAN KERAS !!!
- JANGAN cairkan EBM beku dalam suhu bilik.
- JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM beku kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
- JANGAN masak EBM beku di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
- Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.

TIPS
- Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
- Pangku bayi anda ketika memberi EBM
- Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
- Sesudah minum, BURP kan bayi anda.

Cara-Cara Memerah Susu

Petikan cara-cara memerah susu dari http://www.momschoice.com.my/

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Persediaan Memerah Susu Ibu

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:
1. untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
2. bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
3. untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
4. puting payudara yang luka/melecet
5. meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu

Ada beberapa keperluan yang ibu-ibu patut dititikberatkan:
1. Sebuah beg yang boleh muatkan botol-botol dan alatan pengepam
2. Sebuah beg tahan sejuk yang boleh muatkan susu yang diperah dan 'chiller'.
3. Botol. Ini untuk simpan susu perahan. Bawa 4-6 botol 4oz (bergantung kepada hasil susu perahan setiap individu).
4. 'Chillers'. Beli yang tahan lama (sejuk sehingga 8 jam). Boleh tengok di sini dan sini.
5. Pengepam. Ada pelbagai alat pengepam susu dari pelbagai jenama. Kalau nak cepat dan jimat masa, boleh gunakan pam elektrik, pam yang boleh menggunakan bateri atau 'double pump'.
6. Kain untuk mengelap.

Sesi mengepam akan mengambil masa dalam 15 sehingga 20 minit.

Penyimpanan Susu Ibu

Petikan dari www.momschoice.com.my

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:
- bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
- catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
- simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
- jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
- susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
- jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
- sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
- jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Keperluan Ibu Semasa Berpantang

Untuk ibu yang baru, jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang.

Pakaian
- Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah panas dan berpeluh.
- Kain batik – senang pakai
- Seluar pakai buang - beli cukup untuk tempoh seminggu.
- pad hamil
- Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
- Bengkung – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan Kesihatan
- Ubat-ubatan / Vitamin - memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
- Jamu/makanan kesihatan untuk ibu baru bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan ia itu sesuai untuk kita dan penyusuan.

Penyusuan Badan
- Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
- Pad alas payudara - untuk elak dari bra basah akibat susu melimpah. Biasanya susu payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Dan untuk ibu-ibu mengalami bengkak susu.
- Pam perah susu (persediaan untuk ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik dalam pelbagai jenama. Tidak rugi membuat pelaburan yang besar untuk mendapatkan pam yang memenuhi kehendak kita. Ingatlah dalam al-quran dan hadith ada sebut pasal penyusuan ibu. Rebutlah pahala yang Allah mahu berikan kepada ibu-ibu.
- Playtex / Bekas untuk letak EBM
- 'Sticker' untuk tanda tarikh/masa sesi mengepam

Surah Al-Baqarah ayat 233 tafsirnya:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Luqman ayat 14 tafsirnya:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; dengan yang demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan ingatlah, kepada-Kulah jua tempat kembali untuk menerima balasan".

Lain-lain Keperluan
- Tukang urut.
- Batu tungku Bagus untuk melancarkan peredaran darah, mengecutkan kulit dan rahim, membuang angin, memecahkan lemak dan pelbagai lagi.
- Buku-buku panduan/petua kesihatan untuk ibu lepas bersalin dan anak yang baru lain.

Selamat Berpantang!

Lahirnya Rakin Syahid Permatahati Kedua Kami


Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Pada 9 Mac 2010, alhamdulillah lahirnya permatahati kedua kami yang diberi nama Rakin Syahid, InsyaAllah. Semoga Rakin Syahid menjadi anak yang soleh.
Related Posts with Thumbnails